Anas (kanan) serah keputusan pemilihan pemain kepada Aidil. FOTO NSTP
Anas (kanan) serah keputusan pemilihan pemain kepada Aidil. FOTO NSTP
Izzali Ismail


KUOTA import Asia dari tiga negara iaitu Tajikistan, Jepun dan Australia antara pilihan akan dibuat oleh Aidil Sharin Sahak bagi melengkapkan skuad Lang Merah menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Anas Hafiz Mustafa berkata, jurulatih Kedah itu memberi bayangan mengenai beberapa calon dirasakan mengisi slot kuota Asia menggantikan Edgar Bernhadt yang khidmatnya tidak disambung musim depan.

"Dia (Aidil) memberitahu terdapat dua atau tiga pilihan calon pemain kuota Asia setakat ini dan masih mahu menilai dahulu pemain sasaran.

"Mereka antara calon yang disenarai pendek untuk memenuhi kuota Asia ini.

"Kita memberi kebebasan kepada Aidil memilih pemain yang paling sesuai untuk ditandatangani,” katanya.

Merujuk kepada lima import musim 2019, Kedah mengekalkan dua import iaitu pemain pertahanan dari Brazil, Renan Alves dan Shakir Hamzah (Singapura).

Hanya dua import dikekalkan musim depan manakala tiga import musim ini iaitu Fernando Rodriguez (Sepanyol), Jonathan Bauman (Argentina) dan Edgar Bernhadt (Kyrgyzstan) tidak disambung.

Dua pemain import baru menyertai Kedah iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche dengan hanya tinggal satu lagi kekosongan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 November 2019 @ 4:53 PM