Wan-Bissaka menjadi idaman Red Devils untuk perpindahan musim baru. FOTO REUTERS
Wan-Bissaka menjadi idaman Red Devils untuk perpindahan musim baru. FOTO REUTERS
Agensi

BOS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer meningkatkan bidaan sebanyak £50 juta (RM264j) untuk mendapatkan khidmat Aaron Wan-Bissaka.

Selepas melihat tawaran £40j (RM211 j) ditolak oleh Crystal Palace, United meningkatkan tawaran baru hampir mencapai £60j (RM317j) bagi memastikan pemain pertahanan kanan B-21 England itu berada di Old Trafford.

Red Devils merasakan yuran diletakkan terlalu tinggi buat pemain yang membuat penampilan sulung pada Februari 2018.

Malah, United juga kecewa dengan harga ditetapkan untuk pemain bakat muda tempatan itu.

Mereka turut mengenalpasti alternatif lain seperti pemain Paris Saint-Germain, Thomas Meunier.

Bagaimanapun, Solskjaer yakin dia mahukan Wan-Bissaka, 21, sebagai pemain pertahanan kanan jangka masa panjang di Old Trafford.

Demi pemain terbabit, United meningkatkan bidaan yang diharap kurang daripada harga ditetapkan oleh Palace.

United tiada pilihan selain menaikkan bidaan melebihi £50j (RM264j) untuk mendapatkan Wan-Bissaka yang juga Pemain Terbaik Palace tahun lalu.

Solskjaer mahu segera mendapatkan pemain muda itu kerana bimbang Palace berkemungkinan tidak akan menjualnya bersama Wilfried Zaha pada perpindahan musim panas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Jun 2019 @ 2:35 PM