WAN Bissaka menandatangani kontrak lima tahun bersama United. - FOTO Agensi
WAN Bissaka menandatangani kontrak lima tahun bersama United. - FOTO Agensi
AFP

MANCHESTER United melengkapkan perjanjian mendapatkan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace dengan yuran perpindahan £50 juta (RM262 juta) hari ini.

"Manchester United gembira mengesahkan telah menandatangani Aaron Wan-Bissaka daripada Crystal Palace," kata jurucakap United dalam satu kenyataan.

"Aaron menandatangani kontrak lima tahun dengan pilihan melanjutkan tempoh setahun.”

Pemain berusia 21 tahun itu hanya melakukan 42 penampilan dalam Liga Perdana bersama Eagles tetapi mempamerkan prestasi hebat musim lalu.

Yuran awal berjumlah £45 juta (RM236 juta) dengan tambahan £5 juta (RM26 juta) dilaporkan telah dipersetujui kedua-dua kelab menjadikan Wan-Bissaka pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah United.

"Saya sangat kagum dan bangga apabila menyebut saya kini pemain Manchester United kerana tidak ramai pemain mempunyai hak berkata demikian,” kata Wan-Bissaka.

Red Devils kini dalam proses melakukan rombakan selepas hanya menamatkan kedudukan di tempat keenam dalam kempen Liga Perdana musim lalu dan gagal layak ke Liga Juara-Juara.

"Aaron salah seorang prospek pemain pertahanan terbaik dalam Liga Perdana,” kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 8:51 PM