Solskjaer yang menggalas tugas pemangku pengurus pada Disember menang 10 daripada 11 perlawanan. FOTO AFP
Solskjaer yang menggalas tugas pemangku pengurus pada Disember menang 10 daripada 11 perlawanan. FOTO AFP
Reuters

OLE Gunnar Solskjaer adalah pengurus terbaik untuk membangunkan Manchester United tetapi memerlukan masa untuk mengembalikan pasukan itu ke posisi yang membolehkan mereka mencabr gelaran, kata pertahanan Ander Herrera.

Solskjaer yang menggalas tugas pemangku pengurus pada Disember menang 10 daripada 11 perlawanan pertama kendaliannya dan diberikan tugas tetap pada Mac namun prestasinya menjunam pada bulan berikutnya.

United tersingkir pada suku akhir Liga Juara-Juara dan menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris selepas aksi hambar yang menyaksikan dua kemenangan daripada 12 perlawanan terakhir.

Ia mencetus persoalan sama ada pengendali kelahiran Norway itu adalah individu paling layak menggalas tugas itu.

“Saya benar-benar percayakan Ole,” kata Herrera yang dikatakan akan menyertai jagoan Perancis Paris St Germain memberitahu laman web United.

“Dia adalah individu terbaik. Saya benar-benar yakin dengan (kakitangan kejurulatihan) tetapi saya fikir tugas besar menanti di depan. Kelab memerlukan masa, keyakinan dan sokongan.”

Herrera yang mengumumkan pengakhiran lima tahunnya bersama United minggu lalu, menegaskan begitu lama pasukan pencabar United, Liverpool untuk berada di posisi yang membolehkan mereka mencabar gelaran sekali lagi.

Liverpool yang menduduki tangga kedua liga, satu mata di belakang juara Manchester City musim ini, mara ke final Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut dan akan menentang Tottenham Hotspur di Madrid 1 Jun ini.

“Liverpool mungkin menjuarai Liga Juara-Juara tetapi mereka tidak pernah menang satu gelaran pun sepanjang saya berada di sini,” kata Herrera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 1:53 PM