Hamilton (kanan) bersaing di hadapan rakan sepasukan Mercedes Valtteri Bottas pada perlumbaan F1 Grand Prix Sepanyol. FOTO AFP.
Hamilton (kanan) bersaing di hadapan rakan sepasukan Mercedes Valtteri Bottas pada perlumbaan F1 Grand Prix Sepanyol. FOTO AFP.
Agensi

LEWIS Hamilton kembali berada di puncak Kejuaraan Dunia Formula Satu hari ini selepas memenangi Grand Prix Sepanyol dalam kejayaan kelima kedudukan satu-dua buat Mercedes.

Kejayaan ke-76 dalam karier juara dunia lima kali dan ketiga untuk musim ini, memastikan Hamilton memungut tujuh mata untuk menamatkan perlumbaan dengan rakan sepasukan Valtteri Bottas selepas lima daripada 21 perlumbaan.

Hamilton ceria selepas ungguli perlumbaan F1 Grand Prix Sepanyol. FOTO AFP
Hamilton ceria selepas ungguli perlumbaan F1 Grand Prix Sepanyol. FOTO AFP

Pelumba Britain itu memungut mata tambahan bagi pusingan terpantas perlumbaan di Litar Catalunya, Montmelo, Barcelona itu.

Max Verstappen menamatkan perlumbaan di tempat ketiga buat Honda-Red Bull, di depan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Charles Leclerc.

Ia adalah pencapai ke-16 buat Hamilton yang memenangi Grand Prix selepas mendahului setiap pusingan perlumbaan itu.

Kejayaan itu membolehkan Hamilton mendahului dengan 112 mata mengatasi Bottas dengan 105 mata.

"Saya harus memberi pujian kepada pasukan yang luar biasa ini," kata Hamilton. "Ini pencapaian bersejarah apabila memperolehi 1-2 buat kali kelima. Saya sangat bangga dengan itu!

"Ia semestinya mengatasi empat perlumbaan sukar awal. Kebiasaannya kami mempunyai kereta yang bagus, tetapi kami tidak semesti melepasi sasaran. Saya gembira dalam perlumbaan yang membolehkan kami mencapai keputusan yang berbeza."

Bottas berkata: "Saya kalah di situ, pada permulaan. Gear kenderaan sukar - digerakkan dan tidak lancar. Saya tidak pernah melaluinya sebelum ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 11:13 PM