DE Bruyne (kiri) dibantu rakan sepasukan, Kyle Walker selepas mengalami kecederaan ketika menentang Bournemouth. - FOTO Reuters
DE Bruyne (kiri) dibantu rakan sepasukan, Kyle Walker selepas mengalami kecederaan ketika menentang Bournemouth. - FOTO Reuters
Reuters

“KEVIN akan direhatkan seketika akibat masalah otot dan hamstring. John saya fikir lebih daripada langkah berjaga-jaga. Kami tidak mahu mengambil risiko, kita akan lihat esok,” menurut pengurus Manchester City, Pep Guardiola selepas Kevin De Bruyne terpaksa disisihkan akibat kecederaan hamstring ketika menewaskan Bournemouth 1-0 semalam.

De Bruyne dikeluarkan pada babak pertama perlawanan dan penggantinya Riyad Mahrez meledak gol kemenangan. Selain De Bruyne, pertahanan John Stones juga dikeluarkan tetapi masalah dihadapi pemain kebangsaan England itu tidak serius.

De Bruyne menjadi salah seorang tonggak City musim lalu selepas meledak 12 gol dan 21 umpanan dalam semua kejohanan tetapi khidmatnya musim ini terhad selepas bergelut dengan masalah lutut.

Sehingga kini, dia hanya melakukan 14 penampilan dalam aksi liga.

Mengulas lanjut, Guardiola menegaskan jadual padat City musim ini dalam usaha memburu empat trofi turut tidak membantu.

“Saya fikir kami sudah bermain 25 perlawanan dalam tempoh 93 hari, satu perlawanan setiap tiga hari, jadi ia menjadi isu fizikal,” kata pengendali dari Sepanyol itu. 

“Badan tidak sempat pulih jadi kadang kala bercakap ‘hello, sudah cukup’. Kami tidak memberikan pemain masa yang cukup untuk pulih.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 12:00 AM