DE Bruyne dikeluarkan lewat perlawanan ketika menentang Inter.
DE Bruyne dikeluarkan lewat perlawanan ketika menentang Inter.
Agensi

Manchester: Kevin De Bruyne bakal terlepas aksi permulaan musim baharu susulan kecederaan hamstring.

Bintang Manchester City itu tehincut-hincut di penghujung perlawanan final Liga Juara-Juara ketika menewaskan Inter Milan awal bulan ini dan pemeriksaan lanjut mendapati De Bruyne, 31, mengalami kecederaan hamstring grad tiga.

Ketika kecederaan itu tidak memerlukan pembedahan pada musim panas, De Bruyne tidak boleh beraksi pada Piala Komuniti menentang Arsenal.

De Bruyne turut tidak boleh bermain enam hari kemudian apabila juara treble itu memulakan kempen mempertahankan gelaran Liga Perdana (EPL) dengan menentang Burnley kendalian Vincent Kompany.

Namun pasukan perubatan City tetap yakin perancang Eithad itu boleh kembali beraksi selewat-lewatnya 16 Ogos untuk aksi Piala Super Eropah menentang Raja Liga Europa Sevilla di Athens.

Kini De Bryune diarahkan berehat sebelum memulakan proses rehabilitasi bulan depan. Dia dijangka menyertai rakan sepasukan di jelajah Timur Jauh tetapi hanya untuk meneruskan proses pemulihan berbanding menyertai perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2023 @ 9:52 PM