Rashford kekal di Old Trafford. FOTO REUTERS
Rashford kekal di Old Trafford. FOTO REUTERS
Mirror

MANCHESTER United akhirnya menyudahkan rundingan untuk mengekalkan wira masa depan pasukan itu, Marcus Rashford.

Penyerang itu menyatakan kesediaan menandatangi kontrak baru yang mengekalkannya di kelab itu sehingga 2025 selepas mengadakan perbincangan positif.

Kontrak baru itu menjadikannya salah seorang pemain menerima pendapatan tertinggi di Old Trafford.

Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward yakin dapat mengumumkan kontrak baru pemain berusia 21 tahun itu dalam masa beberapa minggu lagi.

Sebelum ini, masa depan Rashford bersama kelab EPL itu tidak menentu di bawah bekas pengurusan Jose Mourinho dan memberi amaran untuk berhijrah menyertai Real Madrid.

Sejak ketibaan Ole Gunnar Solskjaer, dia menjadi salah seorang pemain pilihan dan meledak lapan gol dalam 15 perlawanan terakhir.

Rashford dijangka ditawarkan gaji dalam lingkungan £200,000 (RM1 juta) seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Februari 2019 @ 1:51 PM