Sukan NSTP

SUKAN Asia Jakarta-Palembang secara rasmi akan disingkap tirainya esok dengan Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas.

Antara sukan yang dijangka mampu menyumbang emas berkenaan ialah berbasikal, karate, sepak takraw dan tenpin boling.

Bagaimanapun, Malaysia turut mengambil bahagian dalam lima sukan yang dipertandingkan buat pertama kali di temasya berkenaan termasuk silat sekali gus meningkatkan jumlah kutipan pingat di Indonesia.

Malaysia turut menyertai eSports iaitu sejenis sukan demonstrasi meskipun ia tidak dikira dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat, tetapi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prestij sukan itu menjelang temasya Olimpik Tokyo 2020.

Jadi, mari kita saksikan penampilan sulung sukan berkenaan membabitkan Malaysia menjelang temasya itu.

ATLET paragliding negara membuat latihan di Kuala Kubu Bharu bagi persiapan menhadapi Sukan Asia 2018 Indonesia. FOTO/ASYRAF HAMZAH
ATLET paragliding negara membuat latihan di Kuala Kubu Bharu bagi persiapan menhadapi Sukan Asia 2018 Indonesia. FOTO/ASYRAF HAMZAH

PRESIDEN Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA), Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim (tengah) bergambar dengan sebahagian atlet pelayaran negara pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang untuk Sukan Asia 2018 di Kelab Tasik Putrajaya. FOTO/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Ogos 2018 @ 10:17 AM
ATLET eSports negara, Muhammad Khairul Abdul Aziz (kanan) bersama Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh (kiri) akan mewakili Malaysia dalam eSports ke Sukan Asia 2018.FOTO/ASYRAF HAMZAH
ATLET eSports negara, Muhammad Khairul Abdul Aziz (kanan) bersama Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh (kiri) akan mewakili Malaysia dalam eSports ke Sukan Asia 2018.FOTO/ASYRAF HAMZAH