HAMILTON dan Alonso menyifatkan Grand Prix Monaco sebagai perlumbaan yang membosankan. FOTO/AFP
HAMILTON dan Alonso menyifatkan Grand Prix Monaco sebagai perlumbaan yang membosankan. FOTO/AFP
Reuters

MONACO: Grand Prix Monaco disifatkan perlumbaan sebagai Formula Satu (F1) paling membosankan oleh dua juara dunia - Lewis Hamilton dan Fernando Alonso.

Hamilton menamatkan saingan di tangga ketiga bersama Mercedes dengan kelebihan mengatasi pelumba Ferrari, Sebastian Vettel berkurangan kepada 14 mata, manakala Alonso yang memandu McLaren di tangga ketujuh, sebelum gagal menamatkan perlumbaan susulan masalah transmisi pada pusingan ke-48.

Enam pelumba teratas kekal pada kedudukan masing-masing di mana pelumba Australia, Daniel Riccardio memenangi perlumbaan buat Red Bull dari petak pertama biarpun perlu menangani masalah unit kuasa keretanya sepanjang dua pertiga jarak perlumbaan.

“Ini mungkin perlumbaan paling membosankan,” kata Alonso kepada wartawan televisyen.

“Tanpa kereta keselamatan, tanpa bendera kuning, saya fikir sukan ini perlukan memikirkan mengenai perjalanan perlumbaan kerana ia amat mengecewakan,” kata pelumba Sepanyol itu yang tidak beraksi tahun lalu untuk bertanding dalam perlumbaan Indianapolis 500.

“Saya fikir kita perlu memberi sesuatu kepada peminat kepada akhir perlumbaan untuk memberikan nilai kepada tiket penonton.”

Hamilton, juara dunia empat kali dan bekas rakan sepasukan Alonso berkata ia perlumbaan 78 pusingan yang paling panjang.

Tahun lalu dia sekadar menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh apabila Mercedes bergelut di litar yang berselekoh sempit ketika Ferrari menikmati kemenangan satu-dua.

Namun pelumba Britain itu, yang menggemari lokasi glamor dan persiapan sebelum perlumbaan, kecewa dengan aksi tengah hari yang tertumpu kepada mengurangkan kelajuan untuk menyelamatkan tayar dengan strategi satu hentian dan tiada peluang untuk memotong.

“F1 perlu menggunakan jadual berbeza di sini. Sebagai contoh, perlumbaan ini tidak sepatutnya menggunakan satu hentian,” kata Hamilton, juara Monaco dua kali yang berkata dia mungkin tertidur di sofa jika menontonnya di televisyen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 11:30 AM