HIGUAIN (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan. FOTO/AFP
HIGUAIN (kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan. FOTO/AFP
Reuters

MILAN: Penyerang Juventus Gonzalo Higuain meledak hatrik pada separuh masa kedua ketika juara bertahan itu membelasah Sassuolo 7-0 dalam aksi Serie A awal pagi tadi.

Juve bagaimanapun kekal di tangga kedua, apabila pendahulu liga Napoli menang 2-0 ke atas Benevento, dibantu jaringan Dries Mertens, untuk meletakkan mereka satu mata berbanding kelab Turin itu.

Kedua-dua kelab itu mencatat kemenangan dalam ketujuh-tujuh perlawanan terakhir mereka.

AS Roma menamatkan kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan dengan menewaskan Verona1-0 dengan gol Cengiz Under seawal minit pertama manakala dalam satu perlawanan yang aneh, kedua-dua Bologna dan Fiorentina menjaringkan gol daripada sepakan sudut dalam tempoh tiga minit.

Napoli mengumpul 60 mata daripada 23 perlawanan manakala Juventus dengan 59 meninggalkan jurang besar ke atas Lazio dengan 46 mata, Inter Milan (45) dan Roma (44).

KHEDIRA ledak gol ketiga Juventus. FOTO/AFP
KHEDIRA ledak gol ketiga Juventus. FOTO/AFP

Alex Sandro memberikan Juventus gol pada minit kesembilan dan dua gol pantas daripada Sami Khedira meletakkan kelab Turin itu tiga gol di depan. Miralem Pjanic menambah gol keempat sebelum tamat separuh masa.

Higuain mencetus sensasi apabila meledak hatrik dari minit ke-63 hingga 83 perlawanan.

Pemain Argentina itu membuka jaringannya dengan penyudah tepat sebelum menyambut hantaran jauh Claudio Marchisio dan memperdayakan Andrea Consigli untuk jaringan kedua.

DIa melengkapkan hatrik dengan aksi satu-dua dengan Federico Bernardeschi sebelum menewaskan penjaga gol Sassuolo.

“Saya sentiasa cuba memperbaiki diri. Sebagai pemain anda perlu merendah diri untuk mempelajari sesuatu dan tanya apa yang anda mahukan,” kata Higuain.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 9:26 AM