PENGURUS pasukan Perak Ahmad Shahrul Azhar Sofian (tengah) bersama jurulatih pasukan itu, Durakovic (kanan). Foto file
PENGURUS pasukan Perak Ahmad Shahrul Azhar Sofian (tengah) bersama jurulatih pasukan itu, Durakovic (kanan). Foto file
Azizan Hashim


TEKA TEKI mengenai pemain import Perak bagi musim 2018 akan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mengumumkan senarai nama mereka, petang esok.

“Esok kita akan umum (nama) semua pemain import,” kata Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yang tidak memberikan butiran lanjut.

Puhat berkata, sidang media memperkenalkan pemain import Perak 2018 itu akan diadakan pada jam 4 petang di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

Langkah PAFA itu sekali gus meredakan kegelisahan peminat The Bos Gaurus berikutan ketiadaan sebarang perkhabaran setakat ini.

Perak masih ada tiga kekosongan lagi selepas mengekalkan dua pemain musim lalu iaitu Gilmar Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliviera.

Pasukan Kejor Yob Kejor akan bermain perlawanan persahabatan keduanya bertemu MOF FC di Stadium Bangi, petang ini.

Skuad bimbingan Mehmet Durakovic sebelum ini menumpaskan FELCRA United FC, 5-1.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 3:09 PM