Filho dan Oliveira perkuat Perak di bawah Durakovic. FOTO IHSAN PAFA
Filho dan Oliveira perkuat Perak di bawah Durakovic. FOTO IHSAN PAFA
Azizan Hashim


PERSATUAN Bolasepak Perak (PAFA) mengikat pemain import Gilmar Jose da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira bagi menggantikan Vladislav Mirchev dan Faton Toski dalam usaha memperkasakan pasukan The Bos Gaurus (TBG) menghadapi baki kempen Liga Super dan Piala Malaysia 2017.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengumumkan langkah itu melalui satu kenyataan akhbar, pagi ini.

Menurut Puhat, pengambilan Gilmar dan Leandro dibuat atas saranan jurulatih, Mehmet Durakovic.

"Selepas mengkaji dan meneliti prestasi beberapa pemain luar dari pelbagai negara. Mehmet menyarankan kepada pihak pengurusan pasukan untuk mengambil Gilmar dan Leandro.

Gilmar, 29 berasal dari Sao Paulo, pernah mewakili Kelantan dan Sarawak masing-masing pada 2015 dan 2016.

Pemain yang mempunyai ketinggian 1.92m itu kali terakhir mewakili pasukan, Boa Esporte Clube dalam Liga Brazil.

Manakala Leandro, 31 bermain di posisi tengah menyerang.

Leandro yang tinggi 1.78 meter pernah mewakili T-Team (2014) dan Selangor (2015). Pasukan terakhirnya ialah Luverdense Esporte Clube dalam Liga Brazil.

Dengan pengambilan dua pemain itu bererti Perak akan bersamba Brazil kerana turut mempunyai khidmat, tonggak benteng, Thiago Junior Aquino yang juga dari negara sama.

Seorang lagi tenaga import TBG iaitu pemain kelahiran Santiago, Chile, Yashir Armando Pinto Islame.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 4:32 PM