AUBAMEYANG digugurkan daripada aksi Bundesliga.
AUBAMEYANG digugurkan daripada aksi Bundesliga.
Reuters

BERLIN: Penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang digugurkan daripada perlawanan Bundesliga menentang VfB Stuttgart awal pagi esok kerana alasan disiplin, menurut kelab Jerman itu semalam.

Aubameyang menyumbat 10 gol liga dalam 11 perlawanan musim ini namun melalui tempoh kemarau selepas gagal meledak dalam lima aksi terakhir Dortmund bagi semua pertandingan.

“Aubameyang digugurkan daripada skuad bagi perlawanan esok kerana alasan disiplin,” menurut Dortmund dalam Twitter, tanpa memberi penjelasan lanjut.

Ia bukan kali pertama pemain kebangsaan Gabon itu berdepan tindakan kelab kerana alasan disiplin. Dia digantung tahun lalu kerana pergi ke Itali tanpa mendapat kebenaran.

Dortmund kalah tiga daripada empat perlawanan terakhir liga sekali gus merudum ke tangga ketiga Bundesliga, enam mata di belakang pendahulu Bayern Munich.

Mereka berdepan Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 10:00 AM