AUBAMEYANG ledak 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga.
AUBAMEYANG ledak 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga.
AFP

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang sah menyertai Arsenal dari Borussia Dortmund dengan rekod perpindahan kelab yang dilaporkan bernilai £56 juta (RM308 juta).

Penyerang berusia 28 tahun itu yang meledak 141 gol bersama Dortmund sejak menyertai mereka pada 2013 menandatangani kontrak bersama Gunners untuk jangka masa panjang.

Nilai perpindahan itu sekali gus mengatasi rekod perpindahan sebelum ini apabila mereka mendapatkan penyerang Perancis, Alexandre Lacazette dengan nilai £46.5 juta (RM256 juta).

“Pierre-Emerick Aubameyang menyertai pasukan ini dari Borussia Dortmund untuk tempoh jangka masa panjang dengan rekod perpindahan kelab,” menurut Arsenal dalam satu kenyataan.

Pasukan itu turut menyifatkan Aubameyang sebagai “salah seorang penyerang ternama di dunia.”

Dia meledak 98 gol dalam 144 perlawanan Bundesliga dan secara keseluruhannya, dia menghasilkan 172 gol dalam 213 perlawanan bersama Dortmund.

Secara puratanya, dia meledak satu gol ataupun membuat hantaran gol setiap 96 minit.

Aubameyang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Gabon dan menjadi pemain pertama Gabon merangkul anugerah Pemain Terbaik Afrika pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 8:07 PM