BORUSSIA Dortmund terikat 1-1 dengan Hertha Berlin dalam aksi Bundesliga, awal pagi tadi. Foto Reuters
BORUSSIA Dortmund terikat 1-1 dengan Hertha Berlin dalam aksi Bundesliga, awal pagi tadi. Foto Reuters
AFP

BERLIN: Borussia Dortmund menegaskan Pierre-Emerick Aubameyang masih mempunyai masa depan di kelab berkenaan sekali pun dia digugurkan daripada skuadnya yang terikat 1-1 dengan Hertha Berlin dalam aksi Bundesliga, awal pagi tadi.

Aubameyang yang juga penjaring terbanyak liga elit Jerman itu musim lalu juga tidak disenaraikan bagi aksi pada Ahad lalu ketika Dortmurd turut mencatat keputusan seri tanpa jaringan bertemu Wolfsburg di laman sendiri.

Pengurus Dortmund, Peter Stoeger membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan pemain antarabangsa Gabon itu susulan laporan mengatakannya terdesak untuk menyertai kelab Inggeris, Arsenal yang dijangka kehilangan penyerang, Alexis Sanchez ke Manchester United.

“Tiada apa yang konkrit ketika ini, hanya khabar angin,” kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc kepada Eurosport apabila ditanya mengenai spekulasi perpindahan ke Arsenal.

“Kami mempunyai perancangan dengan Pierre-Emerick Aubameyang dan masih ada cara untuk membawanya kembali ke dalam pasukan, tetapi profesionalisme adalah sebahagian daripadannya.

“Ia termasuk dengan mengatakan yang kamu melakukan kesilapan dalam satu situasi atau perkara lain.”

Aubameyang dikenakan hukuman disiplin oleh Dortmund buat kali ketiga dalam tempoh 16 bulan selepas dia tidak menghadiri mesyuarat pasukan, minggu lalu.

Stoeger berkata pemain berusia 28 tahun itu boleh merebut kembali tempatnya dalam pasukan bagi aksi minggu depan menentang Freiburg di laman sendiri.

Keputusan seri kedua berturut-turut bukan saja membuktika Dortmund jelas ‘merindui’ ketajaman Aubameyang di depan gawang tetapi turut peluang untuk mendaki ke tangga kedua liga.

Selepas aksi babak pertama di Stadium Olimpik, Berlin berakhir tanpa jaringan, tuan rumah mendahului perlawanan selepas 42 saat babak kedua bersambung menerusi jaringan Davie Selke sebelum pemain Jepun, Shinji Kagawa menyamakan kedudukan buat Dortmund pada minit ke-71.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 January 2018 @ 7:36 AM