SEBAHAGIAN warga SK Lelaki Jalan Batu tidak melepaskan peluang bergambar dengan beberapa pemain profesional.
SEBAHAGIAN warga SK Lelaki Jalan Batu tidak melepaskan peluang bergambar dengan beberapa pemain profesional.
Oleh Hartini Mohd Nawi


SAMBUTAN Hari Kanak-Kanak 2019 yang memeriahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur baru-baru ini memahat sejarah tersendiri buat warganya.

Malah sambutan peringkat sekolah itu diadakan dengan tema #UltrasMalaya turut dihadiri beberapa pemain bola sepak profesional dari pasukan Liga Super Kuala Lumpur 2019 dan pemain kebangsaan.

Malah pemain bola sepak Kuala Lumpur yang diketuai Indra Putra Mahayudin bersama-sama Irfan Zakaria (pemain kebangsaan), Afiq Ahmad, Syafwan Syahlan, Zaiful Abdul Hakim dan Hafiz Johar menarik perhatian murid.

Berkongsi pengalaman sebagai pemain profesional, Indra Putra cukup yakin aktiviti yang sihat dan harmoni seperti ini mampu memberi impak serta kesan

positif terhadap pembangunan potensi murid.

Turut hadir dalam sambutan ini adalah bekas guru yang pernah mengajar di sekolah ini suatu ketika dahulu. Mereka begitu teruja ‘kembali’ ke sekolah ini selepas dibawa melawat persekitaran sekolah dan memeriahkan sambutan berkenaan.

Hasrat murni ini selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang menjadi amalan tradisi warga sekolah menghormati setiap warga emas yang hadir ke sekolah.

Menurut Guru Besar, Abdul Rahman Md Nor, sambutan Hari Kanak-kanak 2019 ini sangat menarik dan istimewa.

CHEF Ismail (kanan) meraikan kejayaan Abdul Halim selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Kerajaan dan Polisi Awam UNIRAZAK. FOTO/MOHD YUSNI ARIFFIN
CHEF Ismail (kanan) meraikan kejayaan Abdul Halim selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Kerajaan dan Polisi Awam UNIRAZAK. FOTO/MOHD YUSNI ARIFFIN

“Bukan hanya murid malah guru, staf bukan akademik dan ibu bapa juga kerana aktiviti yang dilaksanakan ini merentasi beberapa eleman pembelajaran di luar bilik darjah dengan membawa #KitaHappyHappyJer.

“Antaranya menghormati warga emas, meraikan dan menyambut secara harmoni tetamu yang hadir, bersukan untuk kesihatan, menunjukkan bakat dalam pertunjukan bakat dalam membina keyakinan diri dan jalinan komunikasi positif antara pihak sekolah dengan komuniti setempat.

“Pihak sekolah turut menerima pelbagai sumbangan daripada beberapa pihak komuniti setempat untuk menjayakan sambutan kali ini. Antaranya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan McDonald’s selain sokongan padu Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul serta Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang sentiasa menyokong selain membantu sekolah dalam pelbagai program,” katanya.

Abdul Rahman berharap sambutan Hari Kanak-kanak 2019 itu memberi aspirasi yang lebih besar kepada murid untuk mencapai kegemilangan dalam akademik, sahsiah diri, sukan dan kokurikulum bersesuaian aspirasi sekolah itu dengan #KemenjadianMurid dan #MemperkasakanGuru dan #SekolahPIBGKomunitiBerpisahTiada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 10:11 AM