KIT kotak hadiah istimewa sempena kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
KIT kotak hadiah istimewa sempena kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


OKTOBER datang lagi dan ia Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia.

Kanser payudara dilapor sebagai faktor utama kematian dalam kalangan wanita bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Justeru, penting bagi orang ramai terutama golongan wanita memperkasakan diri masing-masing dengan maklumat berkaitan penyakit yang membawa maut itu.

Bagi meraikan lagi bulan kesedaran penyakit berkenaan, Signature Market bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) mengadakan kempen istimewa untuk memperkasa wanita di negara ini.

Menerusi kempen itu, pasar dalam talian pertama di Malaysia yang menumpukan produk semula jadi dan organik itu tampil bekerjasama dengan pelbagai jenama tempatan serta antarabangsa.

Ia bagi mencipta kit kotak hadiah yang direka untuk menggalakkan wanita menyerlahkan kecantikan dalaman dan semangat luar biasa dalam diri mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang berkata, sebahagian hasil jualan kit kotak hadiah akan didermakan kepada BCWA.

Kata Wang, pada permukaan setiap kotak hadiah itu terpampang nama kem

pen, 'It's ME'

iaitu frasa yang bukan sahaja mengesahkan pemerkasaan dan penerimaan diri, tetapi menekankan kepentingan untuk wanita mencorak naratif mereka sendiri.

"Sempena 'Pink Oktober' ini, kami mendapat inspirasi daripada perjalanan luar biasa wanita yang berani mengharungi perjalanan hidup mereka dengan kekuatan dan ketahanan diri.

"Turut sama dalam kempen ini adalah beberapa jenama terkenal.

"Kit direka khas bagi menyediakan wanita dengan alat untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan yang cergas bertenaga," katanya.

Menurut Wang lagi, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi meraikan wanita di seluruh Malaysia tanpa mengira latar belakang atau apa yang sedang mereka lalui ketika ini.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan BCWA untuk mengembangkan lagi sumbangan kepada komuniti di sekeliling," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2023 @ 6:30 AM