IA kini bukan sahaja menyerang kebanyakan wanita berumur 40 tahun ke atas malah ramai gadis muda seawal usia 20-an turut dikatakan menjadi mangsa serangan penyakit berkenaan.
IA kini bukan sahaja menyerang kebanyakan wanita berumur 40 tahun ke atas malah ramai gadis muda seawal usia 20-an turut dikatakan menjadi mangsa serangan penyakit berkenaan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


UMUM mengetahui bahawa kanser payudara adalah pembunuh utama wanita bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

Ia kini bukan sahaja menyerang kebanyakan wanita berumur 40 tahun ke atas malah ramai gadis muda seawal usia 20-an turut dikatakan menjadi mangsa serangan penyakit berkenaan.

Lebih membimbangkan, kebanyakan pesakit gagal mengesan penyakit itu pada peringkat awal sehinggalah ia sudah melarat ke tahap ketiga dan keempat.

Justeru, sempena bulan kesedaran kanser payudara, Avon menganjurkan kempen #NormalForMe secara global sepanjang Oktober ini.

Ia bertujuan untuk menggalakkan perbualan dan pemahaman orang ramai mengenai penyakit utama yang meragut nyawa wanita itu.

Selaras dengan inisiatif 'Breast Cancer Promise' jenama itu memfokuskan kesedaran mengenai kepentingan pengesanan awal kanser payudara kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Angela Cretu berkata, pihaknya mahu menormalisasikan perbualan mengenai kesihatan payudara dan pada masa sama membantu orang ramai supaya peka terhadap tanda awal penyakit itu serta langkah penjagaan yang boleh diambil.

"Untuk itu, kami mahu wanita dan lelaki di seluruh dunia berkongsi tiga perkataan di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pemeriksaan kendiri.

AVON Malaysia bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara untuk berkongsi kisah inspirasi mereka bagi membantu wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara.
AVON Malaysia bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara untuk berkongsi kisah inspirasi mereka bagi membantu wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara.

"Bangkit dan bantu dalam mencegah kanser payudara dengan berkongsi tiga perkataan yang anda rasa mampu untuk mengajak rakan, ibu mahupun kakak anda menjalani pemeriksaan. Periksa. Kongsi. Senyum," katanya.

Dalam pada itu, wakil jenama berkenaan di seluruh dunia juga akan berkongsi tiga perkataan mereka melalui video sosial sambil bercerita mengenai payudara dalam keadaan 'biasa.'

Matlamatnya jelas iaitu untuk mengetahui keadaan payudara dalam keadaan 'biasa,' wanita akan mengetahui dengan serta-merta jika terasa ada sebarang perbezaannya.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada kempen #NormalForMe ini, Avon Malaysia turut bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara iaitu Saliza Khalid, Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai yang akan berkongsi kisah inspirasi mereka untuk membantu wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara.

PENGESANAN awal dapat menyelamatkan nyawa.
PENGESANAN awal dapat menyelamatkan nyawa.

Ia juga akan mengadakan kempen pengumpulan dana yang menerusi pembelian pilihan produk terlaris jenama itu termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit sehingga 31 Oktober ini.

Usaha murni syarikat itu bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal (KEBAL), yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer (KGBC) pada 2002 oleh Menteri Kesihatan Malaysia ketika itu.

Dalam tempoh 28 tahun, kempen terbabit menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak yang berkaitan.

Ia termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara serta saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan.

OKTOBER bulan kesedaran kanser payudara.
OKTOBER bulan kesedaran kanser payudara.

Selain itu, menerusi kerjasama dengan rakan perkongsian strategik, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Kementerian Kesihatan, Avon Malaysia juga turut menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan pengetahuan mengenai kepentingan pemeriksaan kendiri kanser payudara ke kawasan bandar dan luar bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2022 @ 6:20 AM