SUMBANGAN 130,000 pelitup muka gred perubatan kepada pertubuhan kebajikan dan NGO bagi membantu mengekang penularan Covid-19.
SUMBANGAN 130,000 pelitup muka gred perubatan kepada pertubuhan kebajikan dan NGO bagi membantu mengekang penularan Covid-19.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SHILLS Beauty, pengedar rasmi bagi pelitup muka Yuka Zan meneruskan kempen tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyampaikan sumbangan 130,000 pelitup muka gred perubatan bernilai RM91,000 kepada pertubuhan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengekang penularan Covid-19.

Sumbangan diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Petaling Jaya, Selangor, The Lost Food Project dan Home GP Asia.

Pengarah urusannya, Joyce Lee berkata, dalam usaha untuk kembali menjalani kehidupan normal, penjagaan diri dalam aspek kebersihan perlu diutamakan.

Kata Joyce, lebih baik untuk memakai pelitup muka perubatan berkualiti pada setiap masa apabila keluar di samping mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan.

"Sejajar dengan janji perniagaan kami, produk premium kami dicipta menggunakan kualiti dan teknologi terbaik untuk memenuhi keperluan bagi meningkatkan tahap perlindungan serta kesejahteraan masyarakat," katanya.

DIREKA khusus dalam pelbagai warna dan corak menarik.
DIREKA khusus dalam pelbagai warna dan corak menarik.

Sementara itu, pelitup muka terbabit boleh didapati dalam pelbagai pilihan termasuk tiga lapisan, empat lapisan, KF94 dan KF99.

Ia direka secara khusus dalam pelbagai warna dan corak menarik untuk menambah keceriaan si pemakai, pada masa sama memberikan perlindungan yang selamat serta berkesan terhadap kuman mahupun virus menerusi tahap penapisan 99 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 6:38 AM