Fairul Asmaini Mohd Pilus

SELESA dan bergaya, dua elemen utama yang diberi tumpuan dalam koleksi seluar terbaharu, Smart Pants daripada jenama terkenal, UNIQLO.

Rangkaian terbaharu LifeWear untuk lelaki dan wanita itu turut tampil dengan pelbagai ciri-ciri menarik antaranya kain regangan dua hala, tahan kedut untuk memudahkan penjagaan, tali pinggang elastik dan lipatan tengah.

Ia menjadikan koleksi seluar Smart Pants UNIQLO itu bukan sahaja sesuai untuk digayakan di pejabat malah ketika bersama keluarga tersayang di rumah.

Selain itu, konsep rekaannya yang direka untuk gaya dan diperbuat untuk keselesaan juga menjadikan koleksi berkenaan selesa dipakai ketika bertemu dengan yang tersayang mahu pun bersantai di kawasan kejiranan pada hujung minggu.

Terdapat pelbagai pilihan rekaan dan jenis fabrik untuk dimiliki selain koleksi berkenaan sudah pun terdapat di pasaran.

Sementara itu, UNIQLO turut memperkenalkan pelitup muka istimewa, AIRism bagi membantu orang ramai kekal sihat dalam menghadapi situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

KOLEKSI Smart Pants menarik untuk wanita.
KOLEKSI Smart Pants menarik untuk wanita.

REKAAN selesa dan bergaya untuk lelaki.
REKAAN selesa dan bergaya untuk lelaki.

Berbeza dengan yang sedia ada di pasaran, pelitup muka AIRism adalah refleksi komitmen jenama itu dalam menjadikan gaya hidup masyarakat lebih baik menerusi rangkaian LifeWear.

Ia seiring dengan permintaan pelanggannya yang mahukan pelitup muka yang bukan sahaja dapat menjaga dan melindungi kesihatan malah selesa dipakai setiap hari.

Pelitup muka berkenaan mempunyai tiga lapisan iaitu ditengahnya penapis istimewa yang mampu membantu menapis 99 peratus bakteria serta melindungi kulit daripada bakteria dan zarah merbahaya.

Lapisan pertama dan kedua pula adalah fabrik berjaring ringan AIRism manakala struktur tiga lapisannya memiliki 'rating' 50 yang dapat melindungi 90 peratus daripada sinaran ultra ungu.

Kepelbagaian antara fokus utama pembangunan pelitup muka itu memandangkan jenama berkenaan sedar bahawa pengguna hari ini semakin memilih pelitup yang boleh diguna semula sebagai keperluan harian mereka.

PELITUP muka AIRism daripada UNIQLO.
PELITUP muka AIRism daripada UNIQLO.

Ia secara tidak langsung turut mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Pelitup muka berkenaan juga direka dengan teknologi moden yang membolehkan ia dicuci dengan cucian mesin basuh dan serbuk pencuci biasa.

Struktur tiga lapisan tetap kekal seperti biasa meskipun selepas 20 kali cucian dalam suhu 40 darjah.

Pelitup muka berteknologi tinggi itu sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati dalam tiga saiz berbeza iaitu S, M serta L.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 September 2020 @ 6:40 AM