KOLEKSI gaun untuk gaya harian.
KOLEKSI gaun untuk gaya harian.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


GAUN seharusnya perlu menjadi pakaian sederhana bukan sahaja dapat menyerlahkan sisi anggun, malah keberanian dan ikonik pemakai.

Demikian harapan pereka terkenal, Hana Tajima untuk koleksi terbaharunya bersama Uniqlo sempena musim bunga atau panas kali ini.

Koleksi gaun yang pertama kali ditampilkan itu adalah ekspresi kegembiraan dan harapannya yang kini berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Hana, dia ingin menimbulkan perasaan nyaman dan ceria kepada setiap wanita yang memakai rekaan terbaharunya itu.

"Perincian halus dan tekstur kain gaun itu beralun mengikut bentuk tubuh.

"Corak dan warnanya juga berpadu untuk menyerlahkan penampilan yang menyegarkan," katanya.

 REKAAN ringkas dan sederhana untuk wanita.
REKAAN ringkas dan sederhana untuk wanita.

Koleksi terbaharu Hana itu hadir dalam rekaan ringkas yang sederhana, namun pemilihan rona dan material fabriknya menyerlahkan lagi gaya elegan wanita.

Untuk menceriakan lagi musim bunga/ panas kali ini, Hana turut menggunakan kombinasi rona cerah diinspirasikan alam semula jadi seperti biru tua, hijau dan putih.

Rekaan menarik itu sesuai digayakan untuk pakaian harian mahupun acara tidak formal ketika siang.

GAUN rona cerah berinspirasikan alam semula jadi.
GAUN rona cerah berinspirasikan alam semula jadi.

Hana berkata, dia menggemari kepelbagaian rekaan gaun kamisol jersi panjang dan cara mereka merancang untuk menghasilkannya.

Katanya, ia direka melengkung dan mampu menciptakan bentuk yang menarik serta meluaskan gerakan badan pemakai.

"Anda mungkin tidak dapat memperhatikan perincian itu dengan hanya dengan melihatnya.

"Namun, selepas memakainya sendiri, barulah menyedari bahawa gaun berkenaan direka khusus untuk tubuh anda," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 6:30 AM