RUMAH menarik untuk pembeli Melayu daripada pemaju hartanah terkemuka, Myra.
RUMAH menarik untuk pembeli Melayu daripada pemaju hartanah terkemuka, Myra.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

SEIRING perkembangan gaya hidup dan perkembangan teknologi, konsep sesebuah rumah juga sentiasa berubah berdasarkan zaman serta pilihan individu.

Namun, perkara yang tidak berubah apabila membeli rumah adalah kemampuannya untuk menyediakan nilai menambah baik kehidupan pembeli dalam aspek kemampuan, ruang, keselesaan dan gaya hidup.

Apabila semua aspek itu digabungkan, ia mencipta nilai bagi rumah ideal iaitu ruang di mana keluarga moden boleh membina hidup selesa.

Sedar dengan keperluan itu, pemaju hartanah Myra melancarkan projek pembangunan terbaharunya, Myra Vista dengan misi untuk membina rumah praktikal yang selesa serta jaminan kepada pembeli.

Perumahan terbabit adalah perbandaran berkepadatan rendah dan pemilikan individu yang dibina atas tanah rizab Melayu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sekitar RM48,143,000.

Dibina untuk memenuhi gaya hidup belia Melayu, projek itu merangkumi 89 rumah teres dua tingkat 20' x 80' dengan keluasan binaan antara 1,726 hingga 1,766 kaki persegi selain memiliki empat bilik tidur serta tiga bilik mandi.

TAMAN permainan untuk kanak-kanak.
TAMAN permainan untuk kanak-kanak.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Wendy Lim berkata, pihaknya sentiasa merancang produk berdasarkan demografi dan kali ini, projek rumah berkenaan menumpukan pasaran Melayu moden.

Kata Wendy, mereka mengambil kira bagaimana pembeli menggunakannya, keperluan selain mempertimbangkan kehendak yang akan dipadankan dengan keutamaan mereka.

"Bagi kami, kesesuaian menjadi keutamaan dan sentiasa mencari jalan untuk menyediakan produk terbaik bagi pasaran yang disasarkan.

"Selain tawaran harga kompetitif, projek perumahan ini turut menerapkan rekaan sesuai dengan gaya hidup masyarakat Melayu yang mementingkan kawasan luas dan selesa untuk aktiviti riadah sekeluarga," katanya.

Dalam pada itu, rumah berkenaan direka dengan privasi yang optimum dan ruang luas bagi kesejahteraan penghuninya.

Ia menyediakan sebuah ruang keluarga dengan sambungan balkoni di lot sudut dan hujung yang sentiasa berubah.

TEMPAT berbasikal menarik turut disediakan untuk kanak-kanak mempelajari mengenai penggunaan di jalan raya.
TEMPAT berbasikal menarik turut disediakan untuk kanak-kanak mempelajari mengenai penggunaan di jalan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 6:40 AM