PEMBANGUNAN bercampur khas untuk keluarga dan komuniti, Myra Impian.
PEMBANGUNAN bercampur khas untuk keluarga dan komuniti, Myra Impian.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PEMBANGUNAN bercampur khas untuk keluarga dan komuniti Myra Impian seluas 8.181 hektar bakal dilancarkan pada suku keempat 2021.

Kawasan perbandaran baharu di Nilai, Negeri Sembilan itu menawarkan rumah pegangan bebas untuk individu yang mempunyai keperluan berbeza selain dilengkapi dengan komponen komersial bagi menyediakan kemudahan terbaik untuk keselesaan penduduk.

Antara projek yang boleh dijadikan pilihan adalah Ara Serviced Residence @ Myra Impian yang berkeluasan 1.40 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM203,751,400.

Projek prumahan itu terdiri daripada 546 unit kediaman dan memiliki lapan susun atur berbeza yang mempunyai fleksibiliti serta raktikal.

Bagi unit Jenis A (1, 055 kaki persegi sebanyak 198 unit) dioptimumkan untuk ruang yang sesuai untuk keluarga muda sehingga lima ahli keluarga.

Jenis B (158 unit) pula sesuai untuk keluarga yang semakin bertambah namun masih menekankan privasi.

Ia boleh menarik minat penghuni yang lebih tua dengan tiga pilihan reka bentuk berkeluasan antara 872 hingga 915 kaki persegi.

Reka bentuk berbeza itu memberikan lebih fleksibiliti kepada penghuni memilih untuk memanfaatkan ruang mereka.

PROJEK prumahan itu terdiri daripada 546 unit kediaman dan memiliki lapan susun atur berbeza yang mempunyai fleksibiliti serta praktikal.
PROJEK prumahan itu terdiri daripada 546 unit kediaman dan memiliki lapan susun atur berbeza yang mempunyai fleksibiliti serta praktikal.

Bagi golongan profesional yang mengutamakan kesederhanaan dan praktikal dalam menyesuaikan ruang bekerja, Jenis C seluas 893 kaki persegi (64 unit) adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Untuk separa pelabur yang lebih suka tinggal sendiri dan menyewa, Jenis D (seluas 753 kaki persegi sebanyak 96 unit) adalah lebih sesuai kerana memiliki pembahagian ruang jelas untuk menetapkan sempadan.

Dengan pelan lantai yang luas seperti kediaman atas tanah, unit Jenis E ( seluas 1, 884 kaki persegi, sebanyak 26 unit) dapat memenuhi keperluan keluarga berbilang generasi dan warga tua.

Manakala Jenis F (seluas 1,044 kaki persegi, sebanyak empat unit) dibina dengan mengetengahkan ciri-ciri untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya.

Semua unit direka dengan mengambil kira keperluan gaya hidup berbeza pembeli rumah dan harga bermula dari RM279,720 hingga RM585,900.

Dalam pada itu, bagi memupuk hubungan kekeluargaan dalam kalangan keluarga muda, Myra Impian akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam, taman permainan kanak-kanak, bilik permainan, kawasan barbeku (BBQ), kolam renang, perpustakaan dan dewan serbaguna.

ILUSTRASI Ara Serviced Residence @ Myra Impian.
ILUSTRASI Ara Serviced Residence @ Myra Impian.

Selain itu, ia juga terletak di lokasi strategik kerana dapat memanfaatkan kemudahan sedia ada dan akan datang termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kedudukannya yang berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan, ELITE dan LEKAS juga menjadikan Myra Impian sebagai lokasi tumpuan untuk pembeli mahupun pelabur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 6:21 AM