Kenderaan trak pikap ini sesuai dipandu dalam pelbagai situasi tidak kira bagi kegunaan harian mahupun bagi tujuan riadah seperti berkhemah. FOTO ISUZU
Kenderaan trak pikap ini sesuai dipandu dalam pelbagai situasi tidak kira bagi kegunaan harian mahupun bagi tujuan riadah seperti berkhemah. FOTO ISUZU
Muhammad Najmir Razaman

Jenama kenderaan trak pikap terkemuka, Isuzu sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna kenderaan 4x4 dengan daya tahan lasak dan penjimatan bahan api yang tinggi di Malaysia.

Terbaharu, jenama itu melancarkan trak pikap dengan ciri yang dipertingkatkan menerusi model Isuzu D-Max X-Terrain 2024 bagi memenuhi keperluan pengguna.

Pembaharuan yang dilakukan terhadap model D-Max generasi ketiga ini lebih menekankan kepada reka bentuk terkini, penggunaan teknologi yang canggih serta pengendalian off-road yang mengagumkan.

Ia menjadikan kenderaan trak pikap ini sesuai dipandu dalam pelbagai situasi tidak kira bagi kegunaan harian mahupun bagi tujuan riadah seperti berkhemah.

Reka bentuk terkini

Jika dinilai dari sudut reka bentuk luarannya, D-Max X-Terrain 2024 tampil lebih matang dengan rekaan bonet serta lampu hadapan dan lampu isyarat LED baharu yang lebih segar.

Rekaan gril hadapannya yang lebih sporty dan agresif juga menjadikan reka bentuk hadapan kenderaan ini lebih menarik.

Rekaan gril berbentuk 'honey comb' ini juga berupaya memberikan pengudaran yang lebih baik untuk menyejukan enjin kenderaan untuk suhu engin lebih optimum 

Selain itu, corong aliran angin juga dipasang pada bampar hadapan kenderaan bagi memberikan ciri yang lebih aerodinamik serta mengurangkan bunyi bising selain mengurangkan seretan udara di samping penggunaan cermin sisi liputan automatik.

Rekaan bahagian belakangnya pula bergaya dengan rekaan 'tailgate assist' yang ringkas namun bergaya dengan fungsi yang memudahkan pengguna membuka pintu belakang dengan satu atau dua jari.

Selain itu, kenderaan ini turut disertakan lampu belakang baharu yang menarik, menjadikan kenderaan ini lebih menyerlah secara keseluruhan.

Kemasan dalaman diperbaharui

Bagi memberikan kelainan pada model kali ini, Isuzu menampilkan panel pintu, papan pemuka serta tempat duduk kulit dengan sentuhan corak origami Jepun iaitu MIURA.

Ia menjadikan pengalaman menaiki trak pikap ini persis mengenderai kenderaan SUV yang selesa dan mewah.

Selain itu, kenderaan ini turut didatangkan dengan tujuh pilihan pencahayaan ambien yang mewah dan premium bagi kepuasan pengguna.

Isuzu D-Max X-Terrain 2024 ini juga dilengkapi sistem infotainmen bersaiz 10 inci dengan sambungan tanpa wayar yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Ia juga didatangkan dengan monitor paparan sekeliling 360 darjah (AVM) serta port pengecasan Type C yang memudahkan pemandu dan penumpang mengecas sebarang peranti walau di mana sekali pun.

Antara kemasan unik lain yang terdapat pada kenderaan ini adalah panel meter digital tujuh inci bagi keselesaan pemandu.

Pengendalian off-road

Aspek pengendalian off-road kenderaan ini juga turut diperbaharui dengan mod Rough Terrain serba baharu yang disokong fungsi Rear Differential Lock dan Terrain Command 4x4.

Ia bagi menjadikan tayar mencengkam dengan lebih kuat sekali gus memudahkan tayar mengatasi sebarang halangan sekiranya dipandu di atas jalan yang tidak rata atau berbukit.

Dari segi keselamatan, kenderaan ini menggunakan sistem ADAS yang didatangkan dengan kamera stereoskopik generasi keempat.

Kamera ini memiliki jarak penglihatan sehingga 120 darjah memberikan jarak penglihatan yang lebih luas berbanding kamera stereoskopik lain.

Sistem ADAS ini juga diperbaharui dengan pelbagai ciri keselamatan lain bagi memberikan kemudahan buat pengguna terutama mereka yang memandu dengan tujuan mengembara.

Ia termasuklah ciri Amaran Perlanggaran Hadapan (PCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Pusing, Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lalu Lintas Belakang (RCTA), Brek Trafik Palang Belakang (RCTB) serta Mitigasi Rempuhan Multibrek (MCB).

Ciri keselamatan seperti ini sememangnya amat diperlukan dan berguna bagi mereka yang menggunakan kenderaan ini bagi tujuan mengembara.

Miliki hari ini

Isuzu D-Max X-Terrain 2024 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Dolomite White Pearl, Onyx Black, Islay Grey dan warna terbaru Namibu Orange.

Kenderaan trak pikap serba baharu ini ditawarkan menerusi lima varian Single Cab, Standard, Autoplus, Premium dan X-Terrain dengan dua pilihan enjin 1.9 liter dan 3.0 liter dengan jaminan catatan perbatuan tanpa had selama tujuh tahun.

Bagi varian 1.9 liter, harga jualan bermula daripada RM98,949 manakala varian 3.0 liter pada harga bermula RM134,649.7.

Jadikan pengalaman mengembara lebih menarik dengan Isuzu D-Max X-Terrain 2024.

Pandu uji Isuzu D-Max X-Terrain 2024 di bilik pameran Isuzu berdekatan sekarang.

Juga, rasai pengalaman pandu uji secara maya menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) pertama dalam industri automotif di bilik pameran Isuzu hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 12:13 PM