Lizam Ridzuan


MODEL City RS e:HEV.
MODEL City RS e:HEV.

SELEPAS 20 tahun diperkenalkan ke pasaran tempatan, Honda City Serba Baharu generasi ke-5 dilancarkan baru-baru ini oleh Honda Malaysia.

Empat varian ditawarkan terdiri daripada City RS e:HEV, V, E dan S yang menjadi laras terbaharu dan 'game changer' dalam kenderaan segmen-B.

Varian City RS e:HEV juga adalah yang julung kali diperkenalkan untuk pasaran dunia dan Malaysia adalah yang paling awal menerimanya.

Honda City RS ialah model yang dijana rangkaian kuasa Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) pacuan elektrik, hibrid dan enjin 1.5 Liter dengan kuasa 108PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 253Nm.

KEMASAN dalaman City RS.
KEMASAN dalaman City RS.

Tiga lagi varian dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu dengan kuasa 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Varian RS e:HEV dengan gril hadapan baharu hitam berkilat, lip hadapan baharu dengan corak karbon, rim aloi 16 inci dan bampar belakang dengan 'spoiler' yang tampil sporty.

HONDA CITY i-VTEC.
HONDA CITY i-VTEC.

Selain itu, untuk dua varian teratas, ia akan menerima ciri kamera Honda Lane Watch dan untuk RS, tujuh sistem bantu pemandu termaju melalui Honda Sensing.

RUANG but 519 liter.
RUANG but 519 liter.

Rekaan Honda City Serba Baharu generasi ke-5 ini 111 milimeter (mm) lebih panjang, 54 mm lebar dan 10mm lebih rendah daripada model terdahulu.

Untuk pasaran Malaysia, Honda City Serba Baharu dijual pada harga RM74,191 (S), RM81,664 (E) dan RM86,561 (V). Semua harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2020.

Harga untuk model RS hanya akan diumumkan pada Januari 2021 dan semua model dengan jaminan lima tahun pengeluar tanpa had perbatuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 7:00 AM
LAMPU belakang dan spoiler sporty.
LAMPU belakang dan spoiler sporty.