KEMUNCULAN pertama untuk pasaran Malaysia.
KEMUNCULAN pertama untuk pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan


SABAN hari pengenalan model kenderaan elektrik (EV) semakin bertambah dan yang terbaharu menerusi Proton New Energy Technology (Pro-Net) (smart Malaysia) sebagai pengedar utama EV dengan model smart #1.

Ia yang pertama kali dipertontonkan dalam satu acara ekspo kenderaan elektrik di Setia Alam baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhang Qiang berkata pratonton EV smart #1 ini sebagai memperkenalkan jenama smart di Malaysia dan meletakkan standard EV ke tahap yang baharu.

"Selepas ditubuhkan pada tahun lalu, Pro-Net terus melangkah ke fasa baharu dan yakin terhadap pasaran tempatan akan memberi sambutan positif kepada kenderaan elektrik penuh smart yang menawarkan ciri mobiliti urban premium selain pengalaman pemanduan yang unik." katanya.

Selain lantikan pengedar smart Malaysia juga melakukan kerjasama dengan Gentari untuk pemasangan pengecas aliran terus (DC) di lokasi yang strategik.

Model ini juga menjalani ujian berterusan bagi penyesuaian EV yang lancar mengikut keadaan jalan raya di negara ini serta kemas kini aplikasi mudah alih dengan ciri pemantauan jarak jauh, lokasi stesen pengecasan dan peringatan penyelenggaraan.

CIRI rekaan aerodinamik.
CIRI rekaan aerodinamik.

Model smart #1 hanya mendedahkan rekaan luaran dengan ciri reka bentuk Mercedes-Benz Global yang didatangkan dengan ciri moden seperti bumbung panorama, pemegang pintu tersembunyi, cermin pintu tanpa bingkai dan lampu belakang LED CyberSparksLED dan matrik adaptif LED untuk lampu utama.

Ia juga dengan suspensi Macpherson Strut hadapan dan belakang multi-link dan padanan rim aloi bersaiz 19 inci bercorak Aloi Rotor.

smart #1 bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini ke dalam pasaran tempatan dan tiada pengumuman harga yang dilakukan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2023 @ 6:30 AM