MODEL Modenas Ninja, Versys dan Z650 kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
MODEL Modenas Ninja, Versys dan Z650 kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan


Shah Alam: EMOS Sdn Bhd sebagai pengedar motosikal Kawasaki di Malaysia memperkenalkan tiga model yang dijenamakan semula untuk barisan penawaran Modenas 650cc 2023 di negara ini.

  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, model ini dengan gabungan ciri gaya dan prestasi menawarkan pengalaman menunggang yang menarik dengan teknologi termaju.

  "Kami komited untuk terus membawa masuk ke pasaran model Kawasaki yang terkini iaitu Modenas Z650, Ninja 650 dan Versys 650, motosikal segmen Naked, Sportsbike dan penggembaraan daripada kelas enjin saiz pertengahan," katanya.

  Barisan Modenas 650cc ditawarkan setiap satu menerusi dua pilihan warna dijual pada harga bermula RM34,500 dan RM35,200 (Z650), RM35,200 dan RM35,900 (Ninja 650) dan RM38,400 dan RM39,100 (Versys 650).

  Ia akan mula dijual pada akhir Julai ini di kesemua pengedar sah Kawasaki di seluruh Malaysia.  

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2023 @ 8:01 PM