Yamaha Y16ZR
Yamaha Y16ZR
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model varian baharu Yamaha Y16ZR 'Tech Art' Doxou Edisi Terhad 2023 ke dalam pasaran tempatan.

Terhad kepada lima ribu unit sahaja ia ditawarkan pada harga RM11,818 (atas jalan tanpa insurans) dan mula dijual mulai esok (8 Mei 2023).

Berasal daripada perkataan Jepun "DOKUSOU," yang bermaksud 'menjadi kreatif dan mendahului orang lain,' ia seiring dengan ciri motosikal yang tampil berbeza menerusi perekat grafik ciri moden gaya Avant garde.

Ciri lain dengan rim tetuang warna cyan, sport fender, logo dan nombor siri pengeluaran serta setiap pembelian akan diberikan sijil khas penghargaan.

Yamaha Y16ZR dijana enjin 155, 4 lejang, SOHC, sejukan cecair, VVA dengan transmisi enam kelajuan klac yang menjana 17.7 kuasa kuda (hp) pada 9,500rpm serta tork maksimum 14.4Nm pada 8,000rpm.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 2:32 PM