TAMPIL sporty dengan biru.
TAMPIL sporty dengan biru.
Lizam Ridzuan


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu untuk motosikal street Yamaha YZF-R25 menerusi Midnight Star dan Racing Blue.

Motosikal ini dikuasakan dengan enjin 249cc, dua silinder selari DOHC yang menjana 35.5 kuasa kuda (hp) pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.

Ia juga hadir dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan lampu isyarat membelok LED.

Selain itu, ia berciri sporty dengan bahagian fairing hadapan diinspirasikan daripada model YZF-R1 serta ciri motosikal berkuasa tinggi dengan butang suis utama 3 dalam 1.

NMAX dengan warna baharu.
NMAX dengan warna baharu.

Posisi menunggangnya juga dinamik. Fork hadapannya pula terbalik bagi pengendalian lebih baik.

Untuk maklumat perjalanan, ia dilengkapi dengan meter LCD bagi paparan kelajuan, kapasiti bahan api, waktu dan meter.

Yamaha YZF-R25 dijual pada harga RM22,998 (atas jalan tanpa insurans).

Selain itu, warna baharu turut diperkenalkan buat skuter Yamaha NMax iaitu merah dan biru yang kini dijual pada harga RM9,798 (atas jalan tanpa insurans).

Skuter ini dikuasakan enjin 155cc, silinder tunggal SOHC, 4 injap suntikan bahan api dengan gear CVT serta didatangkan dengan tangki bahan api 7 liter.

Ia hadir dengan panel meter LCD, soket elektrik, sistem henti dan mula serta ruang storan bawah tempat duduk.

GAYA lebih kontra.
GAYA lebih kontra.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 6:30 AM