Warna dan corak terkini model YZF-R25.
Warna dan corak terkini model YZF-R25.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan penawaran model Yamaha YZF-R25 dan MT-25 Baharu untuk pasaran tempatan.

Antara yang terkini ialah untuk model YZF-R25 dengan pilihan warna Oren Lynx dan Biru Racing serta MT-25 dengan Cyan Storm dan Biru Icon.

YZF-R25 juga menerima ciri baharu seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, enjin mematuhi piawaian Euro 4 (EU4) dan lampu flash.

Model MT-25.
Model MT-25.

Kedua-duanya dikuasakan enjin 249cc, dua silinder selari DOHC, menjana 35.5 kuasa kuda (hp) pada 12,000 rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000 rpm.

Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua model ini ditawarkan pada harga RM22,998 (atas jalan tanpa insurans) dan sudah memasuki pasaran mulai hari ini dan seterusnya di seluruh negara.

Setiap pembelian motosikal akan disertakan dengan kunci brek cakera Yamaha bernilai RM100.

Model YZF-R25 yang juga jentera sport bike mula diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada 2015 dan 'naked' sports MT-25 pada 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 September 2022 @ 6:22 PM