MT25, tawaran Yamaha terkini dalam pasaran.
MT25, tawaran Yamaha terkini dalam pasaran.
Lizam Ridzuan


BARISAN siri 'Hyper Naked' model Yamaha MT mula menjengah pasaran tempatan pada 2014.

Ketika itu, segmen motosikal begini sedang hangat dalam pasaran.

Bagi melengkapi tawaran pilihan, Yamaha MT25 First Edition pula diperkenalkan baru-baru ini selepas pelancaran MT07 dua tahun lalu yang menambah tawaran pilihan di negara ini.

Model ini dikuasakan dengan enjin 249cc, dua silinder selari DOHC menjana kuasa kuda 35.1PS pada 12,000rpm dan 22.6Nm pada 10,000rpm melalu transmisi enam kelajuan 'Constant Mesh'.

Rekaan motosikal dengan kerangka berlian ini hadir dengan penggayaan menarik ala Predator seperti dwi-lampu nyalaan siang (DRL) menyondong dan lampu hadapan di tengah daripada LED.

Lampu isyarat dengan fungsi kecemasan hadir menerusi rekaan yang kemas dan panel meter LCD generasi akan datang dengan paparan maklumat perjalanan memudahkan penglihatan dengan jelas melalui pencahayaan yang bertukar mengikut masa.

SCOOP udara pada tangki bahan api MT25.
SCOOP udara pada tangki bahan api MT25.

FORK terbalik untuk keselesaan dan pengendalian terbaik.
FORK terbalik untuk keselesaan dan pengendalian terbaik.

PANEL meter LCD.
PANEL meter LCD.

LAMPU gaya ‘Predator’ hadapan.
LAMPU gaya ‘Predator’ hadapan.

Kesinambungan siri MT diserlahkan melalui rekaan tangki bahan api dan 'scoop' kemasukan udara yang menambah gaya serta ciri sporty.

Posisi menunggang ergonomik gaya motard dengan tangki untuk keselesaan lutut dan besi pemegang tinggi memberi lebih keselesaan kepada penunggang selain lebih lincah.

Tidak hanya gaya dan kelajuan, jentera ini dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang dengan sistem brek Anti-Kunci (ABS) bagi membrek dengan lebih baik pada apa jua cuaca.

Pengendalian lebih baik dengan fork hadapan terbalik yang bukan saja selesa malah memberi sokongan lebih mantap ketika melalui selekoh.

MT25 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu 'Ice Fluo' dan 'Yamaha Blue' yang dijual pada harga RM21,500 (atas jalan tanpa insurans).

Ia boleh didapati di semua pengedar motosikal Yamaha yang sah pada penghujung bulan ini.

Selain itu, HLYM turut melakukan prebiu media untuk model permulaan bagi siri MT iaitu MT15 yang akan memasuki pasaran pada November 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 6:48 AM