MINI GP paling prestasi.
MINI GP paling prestasi.
Lizam Ridzuan


SEBANYAK 3,000 unit model Mini John Cooper Works GP dikeluarkan di seluruh dunia dan bagi pasaran Malaysia, hanya 10 unit ditawarkan untuk jualan.

Dikuasakan dengan enjin TwinPo

wer Turbo, ia enjin yang paling pantas dan enjin talaan berprestasi tinggi pernah dihasilkan.

Selepas 14 tahun, enjin ini diperkenalkan semula ke pasaran.

Mini John Cooper Works GP juga masih mengekalkan gaya pemanduan prestasi dengan ciri go-kart.

Enjin 1,998cc TwinPower Turbo dibekalkan mampu menjana 306hp pada 5,000 hingga 6,250rpm dan daya tork 450Nm pada 1,750 hingga 4,500rpm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 5.2 saat dan kelajuan maksimum sehingga 265km/j melalui kotak gear lapan kelajuan Steptronic Sport.

PENUTUP khusus untuk enjin 2.0 liter TwinPower Turbo.
PENUTUP khusus untuk enjin 2.0 liter TwinPower Turbo.

Bagi bahagian luaran, Mini talaan John Cooper Works (JCW) ini dilengkapi kemasan sporty edisi khas seperti rim aloi 18 inci dwiwarna dengan tayar prestasi, ekzos berkembar 90 milimeter (mm), kit aerodinamik, spoiler belakang dan pelindung enjin.

Ia juga tampil lebih menarik dengan garis sisi kelabu metalik, dapra sisi gentian karbon dengan nombor selain bumbung dan pelindung cermin kemasan perak.

Gril hadapannya berbentuk heksagon dengan logo GP dipadankan warna merah cili.

Bahagian dalamannya direka dengan ciri kemasan dan keselesaan seperti kerusi sport JCW dan roda stereng sport Walkanappa pelbagai fungsi selain pedal penukar gear 3D dengan penanda tengah klip metal.

Turut disediakan sistem multimedia skrin 8.8 inci pada panel instrumen dan skrin berwarna bersaiz lima inci untuk paparan lebih terperinci ketika mod GP diaktifkan.

RUANG dalaman elegan dan sporty.
RUANG dalaman elegan dan sporty.

Ia dikemaskan dengan kombinasi lapisan kulit Dinamica dan gentian karbon hitam pada papan pemuka, emblem 'GP2020' sebagai ciri eksklusif selain logo GP pada bahagian lain.

Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi brek sport JCW dengan angkup merah, beg keselamatan, mod GP, palang pelindung muatan, Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) dengan Kestabilan Automatik, kawalan kunci bolehubah serta Amaran Kelesuan.

Kereta ini ditawarkan dalam warna metalik 'Racing Grey' dan dijual pada harga RM377,470 (atas jalan tanpa insurans).

KEMASAN GP dengan spoiler belakang unik.
KEMASAN GP dengan spoiler belakang unik.

Melalui 'Ballon Financing' daripada Khidmat Pembiayaan BMW Group Malaysia, ia menawarkan ansuran bulanan RM4,184 (anggaran pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:00 AM