WAKIL media yang sertai sesi pandu uji.
WAKIL media yang sertai sesi pandu uji.
Lizam Ridzuan


DIKENALI dengan enjin prestasi dan pengendalian seperti go-kart, Hari Litar MINI 2020 diadakan baru-baru ini buat ‘MINIacs’ (pemilik MINI) dan media untuk merasai pengalaman itu.

Dianjurkan oleh BMW Group Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), antara model yang disediakan ialah daripada varian prestasi John Cooper Works (JCW).

Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, acara ini menawarkan aktiviti menyeronokkan melalui dua kluster iaitu JCW Track Experience dan MINI Driving Experience.

“Selain menguji prestasi kelajuan dan pengendalian di litar, pemilik dan media akan dapat merasai perbezaan ketara melalui enjin talaan JCW dan standard,” katanya.

Elemen keselamatan juga diuji melalui aktiviti slalom dan brek yang memberikan keyakinan tambahan terutama ketika di dalam situasi kritikal di atas jalan raya.

Setiap peserta diberi peluang memandu model JCW yang disediakan sebanyak tiga pusingan yang didahului oleh jurulatih MINI.

HARI Litar Mini 2020 untuk kepuasan gaya ‘go-kart’
HARI Litar Mini 2020 untuk kepuasan gaya ‘go-kart’

PENGALAMAN memandu di litar.
PENGALAMAN memandu di litar.

Bagi menikmati pengalaman terbaik, kon diletak di tepi selekoh sebagai panduan mengambil selekoh dan membrek dengan lebih baik.

Pada acara sama, turut dipamerkan ialah MINI Countryman Blackheath Edition.

Ia edisi terhad berinspirasikan tema rekaan hitam daripada rimba Blackheath di London, United Kingdom.

Kemasan luaran Midnight Black dan dalaman digayakan dengan warna Piano Black menjadikan ia tampil unik dan berbeza.

Turut dipertontonkan ialah replika klasik MINI JCW yang digunakan pada Rali Monte Carlo.

Selain memandu pada sebelah petang, sesi ini juga menyediakan pemanduan pada sebelah malam kepada bakal pelanggan dan MINIacs untuk merasai suasana berbeza.

ANTARA model JCW yang dipamerkan.
ANTARA model JCW yang dipamerkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2020 @ 6:30 AM