Lizam Ridzuan

Buat penggemar elemen prestasi, jenama BMW edisi M Performance adalah model yang dinantikan kerana ia menawarkan enjin lebih berprestasi.

Menambah pilihan barisan model 3 Series di Malaysia, ia bukan sekadar kemasan luaran sporty malah datang dengan kapasiti enjin berbeza daripada model standard lain.

Untuk maklumat, terdapat enam pilihan BMW 3 Series di negara ini iaitu 320i Sport, 330i M Sport, 330e M Sport, M340i x Drive, M3 Competition Sedan dan M3 Competition Sedan dengan Inovation Package.

INSPIRASI sukan permotoran BMW.
INSPIRASI sukan permotoran BMW.

Vroom berpeluang memandu uji model BMW M340i xDrive baru-baru ini yang juga versi M Performance pertama dipasang di Malaysia.

Bagi versi ini, bahagian luarannya didatangkan dengan M Aerodynamics Package serta lampu hadapan termaju melalui BMW Laser Light dengan bantuan lampu pancaran jauh.

REKAAN elemen sporty.
REKAAN elemen sporty.

Gril hadapan 'ginjal' dengan corak berbeza yang bersepadu dengan kemasan Cerium Grey juga melengkapi bahagian lain termasuk corong udara bampar hadapan dan cermin sisi.

Tampil paling menyerlah ialah rim aloi bersaiz 19 inci dengan corak lima jejari berkembar dan brek cakera serta angkup brek M Sport berwarna biru.

Pada bahagian belakang, ia datang dengan lampu LED, spoiler belakang M serta ekzos berkembar bentuk trapezium.

Pintu but versi ini juga berkuasa elektrik dan ia boleh dibuka dan ditutup dengan kunci kawalan jauh serta pergerakan kaki.

EMBLEM xDrive, M340i dan ekzos berkembar.
EMBLEM xDrive, M340i dan ekzos berkembar.

Menjengah ke ruang dalaman, BMW M340i ini dilengkapi elemen kemasan mewah dan sporty 'M-specific'.

Kerusi sport pemandu dan penumpang hadapan pula menggunakan material kulit Vernasca jingga, roda stereng kulit M, sil pintu dengan logo M340i, pedal dan hamparan lantai M-specific.

Konsol dan papan pemukanya menggunakan aluminum 'tetragon' digabungkan bersama kemasan krom mutiara.

Bumbung cahaya juga antara elemen pada ruang dalamannya.

TAMPIL ciri lampu laser dan kemasan hadapan baharu.
TAMPIL ciri lampu laser dan kemasan hadapan baharu.

Selain itu, kabinnya diserlahkan dengan elemen cahaya suasana dengan larasan 11 warna pilihan.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan penyaman udara dua zon serta 16 pembesar suara sistem bunyi keliling Harman Kardon.

Melengkapi ruang dalaman ialah BMW Live Cockpit Profesional dengan paparan instrumen meter digital bersaiz 12.3 inci dan sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 10.25 inci dengan fungsi navigasi dan juga 'Head Up Display'.

Ia juga didatangkan dengan BMW Intelligent Personal Assistant dengan fungsi arahan suara 'Hey BMW' untuk mengaktifkan sistem hiburan selain pertanyaan waktu.

RIM aloi 19 inci M Sport.
RIM aloi 19 inci M Sport.

Sudah pasti elemen paling penting ialah prestasi pemanduan. Dengan enjin 2,99 cc enam silinder BMW TwinPower Turbo, ia menjana 387 kuasa kuda pada 5,500 hingga 6,500 rpm dan tork 500Nm pada 1,850 hingga 5,000 rpm.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.4 saat.

Melalui transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport dengan mod automatik dan manual, ia memberikan kuasa yang responsif terutama ketika 'melayan' selekoh.

Selain itu, untuk lebih kepuasan, empat mod pemanduan disediakan iaitu Comfort, Eco, Sport dan Adiptive dan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

ENJIN 3.0 liter turbo.
ENJIN 3.0 liter turbo.

Melalui suspensi Adaptive M Suspension, ia 10 milimeter (mm) lebih rendah dan boleh dilaras secara elektrik bagi disesuaikan dengan keadaan jalan raya.

Ia juga didatangkan dengan sistem pacuan pintar semua roda BMW xDrive.

Antara sistem lain yang terdapat pada versi ini ialah Bantuan Parkir, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Trafik Melintas Belakang dan Amaran Perlanggaran Belakang.

Secara keseluruhan, BMW M340i menawarkan keistimewaan kenderaan 3 Series dalam kelas tersendiri dengan teknologi casis yang diperbaharui selain sistem pacuan semua roda yang mula diperkenalkan pada 1985.

RUANG kabin tampil elemen premium.
RUANG kabin tampil elemen premium.

Dibangunkan dengan trenkuasa dan casis daripada pakar perlumbaan litar M GmBh, ia menawarkan kepuasan pemanduan.

Walaupun mengutamakan prestasi namun ia menawarkan penggunaan bahan api yang baik dengan satu tangki penuh 59 liter mampu mencapai jarak sehingga 500km, namun bergantung kepada faktor pemanduan.

Sistem kunci pintar juga disediakan. Ia disertakan kad bagi kemudahan keluar masuk kenderaan dengan lebih mudah.

Bagi pasaran Malaysia, empat pilihan warna ditawarkan iaitu putih Alpine, hitam Sapphire, oren Sunset dan biru Portimao.

CIRI keselesaan untuk penumpang.
CIRI keselesaan untuk penumpang.

BMW M340i xDrive dijual pada harga RM402,354 (atas jalan tanpa insurans) dengan jaminan pengeluar tanpa had perbatuan selama lima tahun serta Program Servis Berjadual Percuma BMW.

PAPARAN meter pemandu bersaiz 12.3 inci.
PAPARAN meter pemandu bersaiz 12.3 inci.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 6:50 AM