TOYOTA Hilux 2020 baharu kini dibuka untuk tempahan.
TOYOTA Hilux 2020 baharu kini dibuka untuk tempahan.
Lizam Ridzuan


UMW Toyota Motor membuka tempahan untuk model trak pikup Toyota Hilux baharu yang dipertingkatkan yang menampilkan kemasan baru, tambahan prestasi dan ciri keselamatan.

Lima varian ditawarkan iaitu yang terbaharu Double Cab 2.4 E A/T, Double Cab 2.8 Rouge A/T akan menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition ketika ini.

Double Cab 2.4 V A/T adalah naik taraf daripada varian Double Cab 2.4 versi L-Edition dan untuk transmisi manual varian Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4 masih tersedia.

Untuk rekaan luaran ia diberi sentuhan lebih segar seperti pada bampar hadapan, gril serta kemasan lampu kabus.

Untuk varian paling lengkap Double Cab 2.8 Rogue, lekuk pada bonetnya juga baru serta dipasang skid plate dan varian paling asas menerima rim rekaan baru bersaiz 17-inci dan 18-inci.

Hilux baharu ini turut dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada rangkaian berbeza iaitu sistem pra-perlanggaran (PCS), kawalan pelayaran radar dinamik (DRCC) serta amaran pertukaran lorong dengan ciri Yaw Assist.

Enjin 1G-FTV 2.8-liter turbodiesel diberikan penambahbaikan yang menjana sebanyak 204 PS pada 3,400 rpm (27 PS lebih tinggi) serta tork maksimum ialah 500Nm daripada 1,600 rpm hingga 2,800 rpm (tambahan 50 Nm).

Tujuh warna diberikan sebagai pilihan bagi Hilux 2020 ini iaitu Bronze Mica Metallic (warna baru), Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II. Hilux Single Cab hanya didatangkan dalam warna Solid White sahaja.

Anggaran harga bagi model ini bermula daripada RM93,880 dan model 2.8 Rogue ialah RM148,880. Pelanggan yang terawal boleh menikmati harga istimewa RM144,880 yang ditawarkan hanya untuk model Toyota Hilux D/CAB 2.8 Rouge AT 4x4 (jualan tahun 2020) sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 8:20 PM