Mohd Ibrahimnuddin (dua dari kanan) bersama selebriti pada pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive. FOTO Amirudin Sahib
Mohd Ibrahimnuddin (dua dari kanan) bersama selebriti pada pelancaran Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive. FOTO Amirudin Sahib
Lizam Ridzuan

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) melancarkan diesel generasi baru bebas sulfur Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, hari ini.

Bahan api dirumus daripada gabungan asas diesel berkualiti tinggi itu direka untuk kesesuaian enjin terkini common-rail.

Ia menawarkan pemanduan lebih lancar, emisi rendah, prestasi enjin yang optimum serta lebih efisien dalam penggunaan bahan api.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, Teknologi Pro-Drive adalah kerjasama Iveco pembuat kenderaan industri dari Itali dengan pasukan Petronas De Rooy Iveco yang menyertai perlumbaan paling lasak di dunia dengan kejuaraan pada 2016.

“Pembabitan kami dalam perlumbaan Rali Dakar yang terkenal dengan pemanduan ekstrem sebagai platform meningkatkan kualiti produk untuk menghasilkan bahan api terbaik kepada pengguna,” katanya pada pelancaran berkenaan.

Ketika ini Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive boleh didapati di 58 stesen Petronas terpilih dan akan diperluaskan kepada 115 menjelang tahun hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 2:14 PM