SHAHID (kiri) menyerahkan plak kepada Natasha.
SHAHID (kiri) menyerahkan plak kepada Natasha.
Lizam Ridzuan


TIDAK mudah untuk menghasilkan Rekod Dunia Guinness dan ia dibuktikan oleh Caltex baru-baru ini.

Diadakan di Doi Chang, Thailand, rekod dunia cuba dihasilkan oleh dua pemandu iaitu Natasha Chang, pelumba profesional berasal dari Jamaica yang kini bermastautin di Amerika Syarikat serta hos televisyen, KC Montero.

Kedua-duanya menggunakan kereta berusia hampir 30 tahun dengan talaan dilakukan untuk prestasi maksimum selain diisi dengan bahan api Premium 95 dengan Techron.

Doi Chang dipilih kerana faktor geografi yang mencabar serta lebih rapat dengan kehidupan seharian sebenar seperti kenderaan lama, laluan berliku serta mendaki.

Untuk menghasilkan rekod ini, ia perlu dilakukan di bawah 10 minit dan catatan masa terpantas dikira sebagai pemegang rekod pertama.

Natasha yang memandu Honda Civic 1991 dengan enjin 1.6 liter mencatatkan masa 6 minit 52.692 saat.

Dia mengatasi KC Montero yang mencatatkan 7 minit 30 saat dengan memandu Toyota KE70.

Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Shahid Ahmed berkata, penarafan itu amat sesuai untuk membantu pelanggan lebih memahami kelebihan sesuatu bahan api terutama untuk penjagaan enjin yang lebih bersih serta mengurangkan enapan.

“Selain untuk prestasi maksimum pada laluan tanah tinggi, bahan api ini sudah pasti sesuai untuk semua jenis enjin serta menawarkan kelancaran yang berterusan dalam menjalani urusan seharian.

“Petrol yang kami gunakan ketika mencatat rekod dunia adalah sama dengan yang

disediakan di stesen minyak Caltex di negara ini yang menawarkan Premium 95 dan 97 dengan Techron.

“Pengguna boleh mendapatkannya untuk merasai perbezaan yang ditawarkan itu,” katanya pada majlis penyerahan plak Rekod Dunia Guinness baru-baru ini.

Turut hadir Rakan Selebriti Caltex Malaysia Datuk Hans Isaac, Natasha serta Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex Asia Pasifik, Greg Engeler.

Chevron Malaysia Limited sudah beroperasi selama 80 tahun di negara ini dan menyediakan 420 stesen minyak Caltex di seluruh Semenanjung Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 5:10 PM