SHAHID (dua dari kiri) dan Basaruddin (tengah) ketika melancarkan Caltex Techron dengan Teknologi Clean & Glide. FOTO Erywan Norshal
SHAHID (dua dari kiri) dan Basaruddin (tengah) ketika melancarkan Caltex Techron dengan Teknologi Clean & Glide. FOTO Erywan Norshal
Erywan Norshal


Petaling Jaya: Chevron Malaysia Limited, pengedar minyak Caltex di Malaysia, memperkenalkan bahan api baru yang dipertingkatkan dengan Teknologi Clean & Glide.

Teknologi baru itu dicipta untuk membersih dan melindungi enjin, selain meningkatkan prestasi dengan aditif pengurangan geseran terhadap komponen logam.

Kelebihannya, ia memberi kecekapan enjin lebih efisen dan menawarkan penjimatan bahan api antara 2 sehingga 3 peratus berbanding sebelum ini.

Caltex Techron baru mengandungi komponen yang direka untuk menyalut dan melindungi logam sekali gus mengurangkan geseran sehingga 41 peratus, manakala 38 peratus kesan calar berbanding formula terdahulu.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali dan Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Shahid Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2016 @ 11:35 AM