SHAHID (tengah) dan Philip lancar Caltex Power Diesel dengan Techron D.
SHAHID (tengah) dan Philip lancar Caltex Power Diesel dengan Techron D.

Berikutan permintaan tinggi terhadap kenderaan berenjin diesel, Chevron Malaysia Limited memperkenalkan bahan api diesel terkini Caltex Power Diesel dengan Techron D yang mematuhi piawaian antarabangsa Euro 5.

Ujian terhadap bahan api premium terbaharu ini terbukti mampu membersihkan sistem injektor secara berkesan selain bebas enapan yang menyebabkan prestasi menjadi kurang lancar.

Pengerusi Negara Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata, Caltex Power Diesel adalah bahan api premium ultra mengandungi aditif Techron D yang mengawal kekotoran atau deposit, seterusnya mengembalikan kecekapan enjin seperti baharu.

“Pelancaran bahan api premium ultra ini selaras komitmen syarikat untuk menawarkan produk terbaik kepada pelanggan.

“Dibangunkan dengan kandungannya hampir sifar sulfur, Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D mengandungi kurang daripada 10 bahagian bagi setiap juta (ppm) sulfur berbanding 500ppm pada diesel Euro 2M,” katanya pada majlis pelancaran itu di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Hadir sama Pakar Kejuruteraan Produk Chevron Malaysia, Philip Chee.

Shahid berkata, bahan api terbaharu ini terbukti membantu bersihkan suntikan bahan api seterusnya menghasilkan prestasi enjin yang optimum.

“Kami memahami keperluan pelanggan, kerana itu Caltex Power Diesel (Euro 5) dengan Techron D diperkenalkan untuk memastikan prestasi enjin lebih baik dan memelihara enjin baru atau lama,” katanya.

Shahid berkata, pengenalan Caltex Power Diesel dengan Techron D dilihat berdaya mempertingkatkan keupayaan jenama syarikat selain menambah bilangan pelanggan.

“Caltex kini memiliki 125 stesen di seluruh negara dan produk ini akan ditawarkan di beberapa stesen terpilih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 5:00 AM