TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
TANGKAP layar video tular mengenai kejadian tembakan di KLIA.
BERNAMA

Sepang: Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi hari ini berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.

Mohd Affan Mohd Aris berkata, sepatutnya yang bekerja pada hari kejadian ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata Along sempat menghantar gambar ketika dia mula bertugas, di dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.

"Ini dia (Along) sempat hantar gambar badge (lencana) kerja pada 12.48 pagi dengan menulis 'bertugas mengejut malam ini'," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Cyberjaya, di sini hari ini.

Mohd Affan berkata Along juga tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp mereka sama ada dia (Along) memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.

Sementara itu rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan yang sepatutnya bertugas malam itu berkata beliau mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya dia (Nurhafiza) yang bertugas semalam.

[TERKINI] Suspek miliki pistol secara haram

Kes tembak KLIA: Peguam nasihat tak keluar kenyataan - Farah Cie

Polis pantau sempadan elak suspek kes tembak di KLIA lolos

Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan

Suspek miliki 3 rekod jenayah lampau

'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

'Doakan pengawal peribadi saya'

1 cedera terkena tembakan di KLIA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 6:06 PM