Datuk Ras Adiba Radzi
Datuk Ras Adiba Radzi
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Bekas penyampai berita TV3, Datuk Ras Adiba Radzi menyifatkan Allahyarham Raymond Goh sebagai individu yang peramah dan sentiasa menjaga privasi.

Ras Adiba berkata, hari ini dia kehilangan seorang lagi permata hebat dalam bidang penyampai berita.

"Saya kehilangan seorang sahabat seangkatan. Sebelum ini Robert Lam, kemudian Datuk Mahadzir Lokman. Saya ini seperti adik mereka, banyak detik indah yang kami lalui bersama," katanya.

Ditanya mengenai kenangan manis bersama Allahyarham Goh atau nama sebenarnya Muhammad Zaman Goh,

Ras Adiba berkata, mereka sering bekerjasama dalam projek video korporat.

"Arwah dan saya sering buat rakaman suara latar untuk video korporat dan kami sering menjadi pengacara majlis bersama-sama," katanya.

Terdahulu, selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar, Raymond meninggal dunia, pagi hari ini.

Berita itu disahkan oleh isteri Allahyarham Faridah Teh dalam satu kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 2:58 PM