Personaliti televisyen Ras Adiba Radzi ketika mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, Mei lalu. FOTO BERNAMA
Personaliti televisyen Ras Adiba Radzi ketika mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, Mei lalu. FOTO BERNAMA
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Personaliti TV yang juga Senator, Ras Adiba Radzi memegang prinsip hidup untuk terus membela nasib Orang Kelainan Upaya (OKU) walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan.

Ras Adiba berkata, amanah yang digalas akan dilaksanakan sebaik mungkin dan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak untuk menghalang perjuangan insan yang senasib dengannya. 

"Katalah apa yang hendak dikata, cercalah sedaya mana kerana saya ikhlas untuk sahabat-sahabat saya. Akan saya terus berjuang untuk mereka kerana nyawa dan harapan mereka adalah amanah paling besar yang pernah saya terima dan tiada saya benarkan sesiapa menghalang perjuangan anak-anak OKU negara," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Ras berkata, dia memohon sokongan semua pihak untuk terus membela dan memberi semangat kepada golongan OKU. 

"Misi saya hanya satu iaitu untuk perkasakan OKU. Masa saya kian suntuk dan terlalu banyak yang perlu saya lakukan.

"Bila sahaja saya tersadung atau ditiup angin yang kencang, akan saya bingkas berdiri dengan semangat yang sukar dihalang. Jelas, Allah sayang pada mereka yang meniup semangat umat-Nya. Bukan pada mereka yang menjatuhkan air muka atau membuka aib manusia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 4:30 PM