Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (kiri) bersama peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff (kanan) hadir ke mahkamah bagi menfailkan permohonan Hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. FOTO BERNAMA
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin (kiri) bersama peguamnya, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff (kanan) hadir ke mahkamah bagi menfailkan permohonan Hadanah iaitu hak penjagaan dua anaknya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. FOTO BERNAMA
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan, dia hanya hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menandatangani dokumen memfailkan hadanah pada pagi ini.

Puteri Sarah ketika dihubungi berkata, semua urusan berkaitan proses tuntutan hak penjagaan anak itu diuruskan oleh peguamnya.

"Saya cuma hadir untuk tandatangan sahaja. Semua urusan lain, diuruskan oleh peguam saya. Tarikh untuk apa-apa sebutan pun setakat ini belum dimaklumkan lagi.

"Saya pun terkejut ketika hadir ke mahkamah dan ada beberapa media di sana," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Puteri Sarah, dia akan memaklumkan informasi terkini sekiranya ada sebarang maklumat.

Puteri Sarah ketika dihubungi sedang berada di set penggambaran drama Andai Itu Takdirnya yang kini juga, sedang ditayangkan.

Semalam, suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memfailkan tuntutan nusyuz ke atas Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Tuntutan itu dibuat atas alasan Puteri Sarah didakwa masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Terdahulu, pasangan Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan oleh mahkamah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan perceraian mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 3:03 PM