BERNAMA

Kuala Lumpur: Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung projek Jana Wibawa.

Berdasarkan semakan di mahkamah, pendakwaan ke atas Wan Saiful, 48, akan bermula pada 9 pagi.

Mengikut sumber, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang juga bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghadapi dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

WAN Saiful (tengah) yang didakwa berkaitan Jana Wibawa hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim
WAN Saiful (tengah) yang didakwa berkaitan Jana Wibawa hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 9:10 AM