AKSI Joe Ee dalam disiplin riben. FOTO Reuters
AKSI Joe Ee dalam disiplin riben. FOTO Reuters
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel di sini, sebentar tadi sekali gus melengkapkan sasaran enam emas kontinjen negara.

Joe Ee memperoleh pingat kejuaraan itu menerusi disiplin riben dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.

Terdahulu, dia merangkul pingat emas bagi disiplin bola yang juga emas kelima negara pada temasya di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 7:56 PM