AKSI Ng Joe Ee hari ini. FOTO Reuters
AKSI Ng Joe Ee hari ini. FOTO Reuters
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Atlet gimrama, Ng Joe Ee menghadiahkan pingat emas kelima kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel di sini, sebentar tadi.

Dalam saingan disiplin bola di Arena Birmingham, dia berjaya mendapat 29.700 mata bagi mengenepikan cabaran tujuh pencabar lain

Ini adalah penampilan pertama Joe Ee di temasya Sukan Komanwel. Semalam beliau hanya mampu menduduki tangga kelima acara all-around individu selain tempat keempat acara berpasukan.

Pemenang perak disiplin ini dimenangi atlet Kanada, Suzanna Shahbazian dengan kutipan 29.050 mata manakala gangsa milik Anna Sokolova dari Cyprus (28.800).

Sebelum ini, kontinjen negara meraih emas menerusi atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan (55kg) dan Muhamad Aznil Bidin (61kg), pasukan campuran badminton dan juara dunia powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 6:31 PM