AARON (kiri) dan Wooi Yik sebelum ini menjadi sandaran kontinjen negara untuk meraih satu daripada enam emas yang menjadi sasaran pada Sukan Komanwel 2022. FOTO Bernama
AARON (kiri) dan Wooi Yik sebelum ini menjadi sandaran kontinjen negara untuk meraih satu daripada enam emas yang menjadi sasaran pada Sukan Komanwel 2022. FOTO Bernama
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Dua beregu lelaki badminton negara yang menjadi harapan untuk terus memburu kilauan emas pada Sukan Komanwel 2022 di sini, terkandas di separuh akhir, semalam.

Pemenang gangsa Sukan Olimpik 2021 di Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah mengejut kepada wakil England, Ben Lane-Sean Vendy, 18-21, 21-17, 21-4.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini adalah antara yang menjadi sandaran kontinjen negara untuk meraih satu daripada enam emas yang menjadi sasaran pada Sukan Komanwel 2022.

Kelmarin, kontinjen negara berjaya mencapai sasaran itu menerusi kejayaan atlet gimrama, Ng Joe Ee yang memenangi emas berganda bagi disiplin bola dan riben.

Gandingan Chan Peng Soon-Tan Kian Meng pula terpaksa akur kepada kehebatan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-6, 21-15.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2022 @ 8:37 AM