BUSANA rambut ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.
BUSANA rambut ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.
Najiy Jefri


PERJALANAN karier seni Aina Abdul ibarat bunga mawar yang sedang mekar dan mengharum apabila konsert berskala besar A Night With Aina Abdul 2.0 berlangsung penuh gemilang.

Siapa sangka, wanita genit berusia 29 tahun itu berjaya memberikan energi yang cukup luar biasa kepada setiap penonton terutama peminat setianya yang digelar Ainations pada konsert yang berlangsung selama dua malam di Panggung Sari, Istana Budaya sejak Sabtu lalu.

Aina yang membuat kejutan apabila muncul dari dalam pasu gergasi yang diisi bunga mawar sambil menyanyikan lagu Sepi pada penghujung konsert malam kedua boleh dirangkumkan sebagai simbolik kejayaan Aina yang akan terus mewarnai industri hiburan.

Berpeluang menyaksikan konsert terbabit untuk dua malam, Aina sememangnya permata seni yang akan diingati apabila rata-rata penonton begitu teruja dengan persembahan demi persembahan yang dibawakan pelantun lagu Semalam itu.

Aina juga boleh digelar sebagai ratu penghayatan apabila setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai 'roh' dan mampu membuatkan penonton terbuai dengan setiap lagu yang dibawakan.

Malah, sepanjang dua jam konsert berlangsung, Aina dilihat kekal bertenaga walaupun tiga kali menukar busana berbeza ciptaan pereka fesyen terkenal.

Mendendangkan single Fool sebagai lagu pertama, Aina berjaya membuatkan penonton seakan-akan histeria sebaik menyaksikan kelibat Aina atas pentas, lebih-lebih lagi pada malam kedua. Penonton yang hadir begitu 'havoc'.

AINA memberikan ‘energi’ cukup luar biasa terutama kepada peminat setianya yang digelar Ainations.
AINA memberikan ‘energi’ cukup luar biasa terutama kepada peminat setianya yang digelar Ainations.

Setiap lagu yang dipersembahkan Aina pasti ada jalan cerita sendiri. Selain menyanyikan segala lagu ciptaannya, Aina tidak ketinggalkan menghargai lagu lain yang turut mengangkat namanya di platfrom tertentu.

Antaranya lagu At Last, You Make Me Feel Like A Natural Woman, Feeling Good dan Ain't No Mountain High Enough yang mana lagu ini mengembalikan semula kenangan zaman mencari rezeki di kelab malam.

Menghargai sokongan peminat yang mengikuti persembahannya di YouTube, Aina turut menyanyikan rangkaian lagu yang pernah dinyanyikan semula di pelantar itu seperti My All, All By Myself, Cinta Sejati, Pangako Sa yo, I Will Go To You Like First Snow dan lagu yang dipopularkan kumpulan Blackpink, How You Like That.

"Setiap lagu yang didendangkan cukup istimewa buat saya. Semuanya ada kisah tersendiri yang membuatkan hati saya tersentuh setiap kali mengingatinya.

MASIH ramai yang belum ‘move on’ dengan kemampuan vokal dan penghayatan Aina pada konsert terbabit.
MASIH ramai yang belum ‘move on’ dengan kemampuan vokal dan penghayatan Aina pada konsert terbabit.

"Bermula dengan A Night With Aina Abdul 1.0 yang berskala kecil, akhirnya dapat saya beraksi dalam konsert seperti ini.

"Konsert ini mengingatkan detik saya mula bertapak iaitu menyanyi di kelab malam, 'busking' dan akhirnya, saya berada di kedudukan hari ini," katanya.

ANTARA gaya fesyen Aina pada konsert A Night With Aina Abdul 2.0.
ANTARA gaya fesyen Aina pada konsert A Night With Aina Abdul 2.0.

Fesyen jadi tarikan

Jika sebut mengenai Aina, hanya ada dua perkara yang sentiasa menjadi bualan ramai iaitu kemampuan vokal yang dimiliki serta keberanian wanita ini dalam berfesyen.

Ya, sorakan demi sorakan bergema dalam panggung sebaik Aina tampil dengan setiap busana yang digayakan.

Untuk dua malam Aina tampil dengan gaya fesyen berbeza dan mengekalkan cita rasa ekstravaganza.

Namun, ada dua busana yang penulis kira mendapat perhatian ramai ketika Aina memakai busana 'rambut' pada konsert malam pertama.

Kata Aina, idea untuk memakai busana rambut itu adalah hasil perbincangannya bersama penata gaya, Abu Shaef Hamza.

"Baju pertama itu adalah alter ego Aina Abdul, kita menggunakan lebih 150 rambut dan rambut-rambut itu diimport dan ia adalah rambut yang sebenar.

"Baju itu direka oleh Melinda Looi dan kalau nak tahu baju ini adalah hasil perbincangan saya bersama Abu sebelum semua ini bermula, saya inginkan sesuatu yang lain, maka terhasil busana itu," katanya.

Busana kedua yang mencuri tumpuan adalah sebelum Aina mengucapkan selamat tinggal pada malam kedua, Aina membuat kejutan dengan muncul dari dalam pasu gergasi yang diisi bunga mawar sambil menyanyikan lagu Sepi.

Katanya, setiap busana yang dipakai perlu mendapat kelulusan daripada bonda yang tercinta.

"Emak wajib tengok saya buat persembahan, kalau tidak perlu tengok saya membuat raptai penuh berserta busana sebab mak ini netizen nombor satu saya.

"Selepas melihat semua pakaian dan dia puas hati, baru saya lega untuk meneruskan persembahan pada malam ini," katanya.

Tidak dapat dinafikan sehingga kini masih ramai yang terus memperkatakan dan tidak b

oleh 'move on' dengan kejayaan konsert Aina terutama di laman Twitter.

Namun, Aina meninggalkan berita gembira buat peminatnya apabila memaklumkan Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 bakal menyusul berkonsep jelajah ke lokasi terpilih di seluruh negara.

Persembahan Aina pada malam itu diiringi Mac Chew yang bertindak sebagai pengarah muzik dan turut dibantu Jenny Chin.

Ramai rakan artis turun beri sokongan antaranya Datuk Sheila Majid, Datuk Hattan, Noryn Aziz, Khai Bahar, Hael Husaini, Datin Lisa Surihani, Didie Alias, Uyaina Arshad, Amyra Rosli dan Wany Hasrita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Jun 2022 @ 6:00 AM