KELUARGA Trapps dinobatkan keluarga tertinggi di dunia oleh GWS.
KELUARGA Trapps dinobatkan keluarga tertinggi di dunia oleh GWS.
Agensi

Washington: Keluarga Trapp dari Esko, Minnesota, secara rasmi diiktiraf keluarga tertinggi di dunia dengan ketinggian purata, 203.29 sentimeter (sm).

Oddity Central melaporkan, Krissy Trapp mengatakan dia adalah orang yang paling pendek dalam keluarga tertinggi di dunia itu.

Dengan ketinggian 191.2sm, dia pasti layak untuk menerima gelaran wanita paling tinggi, tetapi dia sememangnya yang paling pendek dalam keluarga berkenaan.

Suaminya, Scott mempunyai ketinggian 202.7sm, manakala dua anak perempuannya, Savanna dan Molly, masing-masing dengan ketinggian 203.6sm serta 197.26sm.

Ahli termuda keluarga Trapp, Adam Trapp juga yang paling tinggi pada ketinggian 221.71sm.

Jika keluarga itu 'bergabung', ketinggian mereka diibaratkan sama dengan panjang separuh gelanggang tenis.

Adam yang paling tinggi dalam keluarga Trapp adalah orang yang mendapat idea untuk mencuba melakar Rekod Dunia Guinness (GWS) sebagai keluarga tertinggi di dunia.

Seluruh keluarga itu sebelum ini melawat Dr Anna Sudoh, doktor ortopedik di Essentia Health untuk diukur secara rasmi.

Untuk menjadikan rekod itu rasmi, setiap ahli perlu diukur tiga kali sepanjang hari, sama ada berdiri dan berbaring, dengan purata ukuran itu digunakan untuk mengira ketinggian mereka.

Bercakap mengenai keluarga tertinggi di dunia, ahli keluarga itu berkata, mereka mengalami beberapa kesakitan yang betul-betul meninggalkan kesan regangan yang kelihatan pada badan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 April 2022 @ 6:45 AM